Tuesday, October 28, 2014

Ucapan seorang ibu didengar Allah swt

alhamdulillah

Semua kita mengenali Imam As Syafi'i, mazhab yang kita ikuti khususnya yang di Malaysia dan sekitarnya. Sejauh mana kita mengetahui kebijaksanaan dan ketinggian ilmu Imam Asy Syafi'i ini kita juga pasti ingin tahu bertapa hebatnya IBU Imam Asy Syafi'i?

Saya kongsikan sedikit tinta emas sejarah tentang hebatnya DOA seorang ibu kepada Imam Asy Syafi'i  ini sehingga menjadikan anakandanya seorang yang tinggi martabat agamanya.

Siapakah ibunda Imam Asy Syafi'i?

seorang wanita yang:
- tekun beribadah
- memiliki kecerdasan yang tinggi
- juga faqih dalam urusan agama
- memiliki kemampuan melakukan Istinbath (usaha mengambil keputusan hukum syariah berdasarkan dalil-dalil al quran dan sunnah yang ada)

Suaminya meninggal dunia ketika Imam Asy Syafi'i masih dalam kandungannya. Lalu dia membesarkan anaknya sendiri di Kota Mekah. Kesungguhan ibunda Imam Asy Syafi'i dalam memberi pendidikan kepada anaknya sangat menakjubkan dan kecerdasan minda anaknya itu menyebabkan guru-gurunya tidak sanggup untuk menerima upah ( ibundanya sendiri pun tidak mampu untuk membayar juga).

Sehinggalah Imam Asy Syafi'i menginjak dewasa, ketika beliau meminta untuk pergi mendalami ilmu di luar Mekah. Awalnya ibunda beliau agak keberatan melepaskan pergi namun setelah itu barulah ibunda beliau mengizinkan Imam Asy S yafi'i keluar menuntut ilmu.

Maka sebelum melepaskan anaknya itu pergi ibundanya berdoa:

' Ya Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam, puteraku ini akan meninggalkan diriku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya demi menuntut ilmu pengetahuan peninggalan pesuruhMu. Kerananya, aku bermohon kepadaMu Ya Allah permudahkan urusannya. Peliharalah keselamatannya, panjangkan umurnya agar kelak aku dapat melihatnya pulang kembali dengan dada yang penuh dengan ilmu pengetahuan yang berguna. Ya Allah terimalah doaku'

maka berpelukan kedua ibu dan anak, menitis airmata..ibunda berkata pergilah anakku, Allah bersamamu....in sha Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling cemerlang di kemudian hari. Imam Asy Syafi'i melangkah pergi tanpa membawa bekal wang namun hanya berbekalkan doa dan  redha ibunya.

(petikan kisah daripada buku THE POWER OF UMMI, m/s 260-264)

Sangat hebat doa ibundanya, ternyata Imam Asy Syafi'i menjadi bintang ilmu seperti yang didoakan oleh ibunya. Maha suci Allah .

Justeru saya mengajak diri saya dan ibu-ibu diluar sana , jagalah apa yang keluar daripada mulut kita (seorang ibu) kerana ianya doa yang sangat mustajab. Sebutlah yang baik-baik buat anak-anak walaupun dalam keadaan marah.

in sha Allah.







____________________________________________________________

dapatkan bacaan lanjut tentang dahsyatnya doa seorang ibu daripada buku ini THE POWER OF UMMI.

untuk pembelian sila klik www.solehkidshop.com


Monday, October 27, 2014

TANDA ANAK BIJAK


Alhamdulillah... saya suka nak berkongsi dengan sahabat semua perkongsian oleh ustaz wan asrul al kalantani (fb beliau), boleh follow beliau banyak yang dapat ditimba in sha Allah.

Semua kita mahukan anak yang bijak dan soleh/solehah bukan? jadi kita harus memulakannya dari diri kita sebagai ibubapa dahulu agar soleh agar senang untuk anak meneladaninya, memang iman tidak diwarisi namun dengan tarbiyyah yang betul boleh diwarisi.

ok jom kita baca apa yang ustaz Wan Asrul Al kalantani kongsikan, mengikut tahap umur anak:

 Tanda Anak yang Bijak boleh dilihat pada tahap umur berikut :


1-3 tahun : Memberi respon atau tindakan yang berlainan dengan arahan diberi oleh ibubapa. ( Fasa memerhati - mencuba)

4-6 tahun : Memberi respon atau tindakan yang berganda dengan arahan yang diberi oleh ibubapa (Fasa mencuba - memerhati)

7 tahun : Mengikut arahan ibubapa dengan faham dan berfikir. (Fasa Faham-Fikir-Fungsi)

Oleh kerana itu, psikologi Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam anak yang berumur 7 tahun perlu DISURUH solat, BUKAN diajar solat, kerana umur 7 tahun sudah melibatkan Tindakan bukan lagi Plan tindakan.

Dan kerana itu jugalah apabila sampai umur 10 tahun, jika masih tidak mendirikan solat, maka perlu dipukul dengan niat dan lokasi mengajar, sebagai tanda ketegasan, pada peringkat umur ini anak-anak akan lebih menghormati ibubapa yang tegas, kerana mereka dihormati sebagai orang yang sudah dewasa.

Umur 1-6 tahun adalah waktu kita memahami mereka untuk mendekati mereka supaya mereka mempercayai kita (ibubapa).

7-10 tahun adalah waktu mereka memahami kita (ibubapa) supaya kita memberi perhatian kepada mereka (anak-anak).

Anak-anak umpama aliran air sungai, kita ibubapa umpama alur dan tebing sungai yang membentuk serta mengawal aliran sungai.

Pastikan alur dan tebing betul salurannya, supaya air tersebut menjadi manfaat dan berfaedah untuk kegunaan.
______________________________________________________________________________
in sha Allah

terima kasih ustaz dan isteri




Sunday, October 26, 2014

ANAK ADALAH PERHIASAN DUNIA

Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi lagi di sini..

anak adalah perhiasan dunia!

bagaimana?

anak --> kurnia Allah kepada manusia

anak --> hati terasa gembira, mata terasa sejuk, jiwa tenteram ketika memandang dan berbicara dengan mereka

anak --> adalah bunga kehidupan dunia

dalam al quram Allah berfirman :


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
ali imran:14


sumber: prophetic parenting cara nabi saw didik anak m/s 76









-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dapatkan buku  prophetic parenting cara nabi saw didik anak kini dalam bahasa melayu. terbitan alam raya.

untuk pembelian klik www.solehkidshop.com

terima kasih



Thursday, October 16, 2014

women vs men

WOMEN'S STATUS


Only woman can be a mother. And God given special privilege to a mother. The Prophet saw taught us that heaven lies at the feet of mothers. But no matter what a man does he can never be a mother.

When asked,”Who is most deserving of our kind treatment?” the Prophet saw replied , “Your mother” three times before saying “your father” only once.

Is that sexist? No matter what a man does he will never be able to have the status of a mother.

-Yasmin Mogahed, reclaim your heart :126-








------------------------------------------------------------------------------------------------------

Reclaim Your Heart...

Price:rm80
Pos:rm6 semenanjung/rm10 sabah sarawak

Order klik http://www.facebook.com/messages/solehkidsbookstore

Thank you

Tuesday, October 14, 2014

Hidup Bersama Al Quran

Alhamdulillah diberi kelapangan mengkemaskini blog, saya sangat teruja apabila seorang daripada sahabat meminta untuk dicarikan buku yang bertajuk HAFALAN AL QURAN DALAM SEBULAN. Membaca tajuk sahaja saya berasa subhanallah...orang bersungguh-sungguh ingin hidup bersama Al Quran in sha Allah mendapat kemudahan dari Allah swt. Pokoknya kita perlu ada rasa ingin , bersemangat yang berterusan (istiqomah ) serta berdoa dan tawakal kepada Allah.

Lalu saya menghubungi penerbit yang biasa saya ambil stok buku. Alhamdulillah ada buku yang diingini oleh sahabat saya tadi.

Penulis asal buku Ir Amjad Qosim, yang ditulis dalam bahasa indonesia namun telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia alhamdulillah...

Ini  sedikit sinopsis buku Hafalan Al Quran dalam sebulan yang dapat saya kongsikan:
Apakah kita sedang mencari cara dan tips menghafal Al Quran? 

Bertapa besarnya nikmat jika menghafal Al Quran, melalui buku ini Ir Amjad Qosim memberikan cara menghafal Al Quran dalam masa yang singkat ( sebulan).
Bukan sahaja mereka yang dipondok atau tahfiz , ibu yang uruskan rumah dan anak juga boleh mengamalkan metod dan tips daripada buku ini. Penulis memaparkan pengalaman ibu yang berjaya. Dengan semangat yang tinggi dan diiringi doa , akhirnya mereka dapat menghafal Al Quran dalam masa yang singkat.

Jom kita selusuri tips dan metod daripada buku Hafalan Al Quran Dalam Sebulan ini sangat menarik dan buku ini memberi suntikan semangat berusaha untuk menghafal.
Semoga Allah memberikan kita limpah rahmat dan kasih sayangNya.




Harga:RM19
Pos:rm6 semenanjung/rm10 sabah/sarawak
untuk mendapatkan buku ini sila klik pautan ini http://solehkidshop.com/index.php?id_product=73&controller=product

terima kasih

Friday, October 10, 2014

Ingin tahu masa kecilku?


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi lagi. Sedang asyik membelek buku nipis ini, tetiba terhenti di helaian ini ; yang menarik mata ini 'Ingin tahu masa kecilku? '

Lalu menarik minat mata dan hati ini untuk membaca lagi, walaupun dah berkali rasa dibaca buku ini. Memang ilmu ini tidak pernah menjemukan. Setiap kali baca ada sahaja tips yang dijumpa ;)

Teringat zaman kecilku, abah memang suka menulis diari dan dalam diari kecilnya itu semua ditulis dengan teliti, membelek almari lama berhabuk tersusun kemas diari kecil mengikut tahun. Jadi di mata ini tahun 1983 menjadi minat untuk dibuka. Ternyata semua di tulis oleh abah dalam diari kecil itu, gerak hati kadang senyum, kadang sedih , kadang marah... memang semua ditulis. Mungkin abah tidak pernah membaca buku Cinta Di Rumah Hasan Al Banna ini tapi abah memang peminat karya Buya Hamka.

ok panjang pulak intro..

Ingin tahu masa kecilku? (petikan buku Cinta Di Rumah HAB)

Kisah yang diceritakan oleh anak-anak as syahid Hasan Al Banna (HAB), yang paling lama bersama membesar bersama HAB ialah Saiful Islam. Di halaman ini menceritakan bagaimana PERANCANGAN yang sangat teliti disusun oleh asy syahid HAB untuk setiap anaknya. Sungguh lengkap daripada aspek kesihatan anak sehinggalah pencapaian /perkembangan anaknya di sekolah dan di rumah.

Mengapa asy syahid HAB berbuat demikian?

Tidak lain hanyalah kerana ANAK merupakan PELABURAN  besar untuk DAKWAH dan KEMANUSIAAN secara keseluruhan.

Asy syahid HAB membuat carta untuk setiap anak agar mudah dilihat dan nilaikan. Saiful Islam memberikan antara perkara yang diingatinya dalam carta tersebut adalah; tarikh dan sejarah kelahiran,nombor kelahiran,jadual pemberian ubat, surat keterangan doktor , ijazah anak, catatan pretasi anak-anak di sekolah dan banyak lagi. Kemudian di setiap carta anak-anak beliau HAB akan memberi ulasan dan komen.

Subhanallah, melihat kembali diri sendiri yang sudah beranak 3, masih belum ada carta terperinci untuk setiap anak, namun alhamdulillah akan berusaha ke arah itu, in sha Allah. bagi yang sudah membuatnya tahniah!

sekadar perkongsian moga bermanfaat


________________________________________________________________________________

Dapatkan banyak lagi tips daripada buku CINTA DI RUMAH HASAN ALBANNA ini melalui pautan ini www.solehkidshop.com


Thursday, October 9, 2014

Anakku ayuh belajar Al Quran

Alhamdulillah...syukur Allah bagi kesempatan untuk kongsi lagi dengan sahabat semua. Jika sebelum ini saya pernah berkongsi tentang apa perlu diajar dahulu kepada anak?
A,B,C atau 1,2,3 atau alif baa ta...mana dahulu? atau kesemuanya serentak?
Menurut cara nabi saw anak perlu diajarkan Al Quran dahulu sebelum yang lainnya. Untuk fakta tentang ini ,sahabat boleh baca di sini.


Justeru, hari ini saya ingin berkongsi kesinambungan kepada mengapa kita ajarkan al quran dahulu kepada anak. Ini menerusi pembacaan saya melalui email yang dihantar oleh puan lina karim (ibu kepada adik darwish dan darwisya).

ini saya kongsikan emailnye:
_____________________________________________________________________________
Soalan : 

"Puan, saya malu nak tanya, tapi saya nak bertanya juga". Saya tak tahu adakah anak saya ini 'gifted' atau semua budak macam tu. Anak saya tak pernah saya ajar benda lain selain al Quran sampailah umurnya 5 tahun. Adalah dia tengok TV sikit-sikit yang CD-CD phonic tu.. tapi saya tak pernah mengajarnya. Bila umur dia 5 tahun, saya rasa dah nak dekat sekolah dah tu, jadi saya beli buku yang puan cadangkan tu kalau nak mengajar membaca Bahasa Inggeris. Ada 8 buku semuanya dan dalam masa 2 hari hujung minggu baru ni saya mengajar, cuma tinggal 1 buku terakhir je. Saya fikir... eh cepatnye!! Apa saya nak buat lepas tu puan? Sebab saya follow puan!
Jawapan saya :
Ok, ini buka kali pertama orang bertanya pada saya. Kalau saya kumpul, dah boleh buat satu group whatsapp. Hehe..  Tidak menghairankan kanak-kanak yang diajar membaca dan menghafal al Quran dari bayi mempunyai kemahiran Accelerated Learning untuk perkara lain selepas al Quran. Semasa mengajar al Quran, otak mereka telah dilatih untuk membuat 'Sistem Filing' - mengenal huruf, huruf yang bercantum menjadi perkataan, dan perkataan menjadi ayat. Jadi bila mereka diperkenalkan dengan huruf semula (dalam kes ini huruf abjad ABC) sistem Filing yang telah mencapai Tahap 5S tu, dengan mudah memfailkan pelajaran baru dalam masa yang pendek. 
Ini berbeza dengan seseorang yang tidak diajar al Quran atau apa-apa pun ilmu lain sebelum 5 tahun, tiba-tiba dia terus diajar membaca. Memang mereka tetap boleh membaca suatu hari nanti TETAPI ia memerlukan latihan yang konsisten dan lebih panjang berbanding dengan anak al Quran tadi.
So, soalan puan tadi.. Apa dia nak buat lepas anak dia pandai membaca? Jawab saya, Galakkan dia membaca buku cerita kegemarannya. Biar dia mengumpul lebih banyak vocab. Kemudian ajar "Speed Reading"
Menurut pakar Barat, kanak-kanak yang diajar Speed Read pada usia yang muda, mampu membaca 2000 patah perkataan seminit pada usia mereka 14 tahun. Hah! Kalau anak kita umur 7 tahun dapat 10% dari itu pun dah cukup baik... (Purata rakyat Malaysia yang dewasa membaca 140 patah perkataan sahaja seminit).
Menurut US Labor Department, ahli korporat/perniagaan yang membaca 7 buku pemasaran/perniagaan setahun mempunyai pendapatan 250% lebih dari mereka yang membaca 1 buku sahaja setahun.
Banyak kelebihannya jika kita tahu speed read ini. Anak kita berpotensi untuk  menjadi orang yang bijak berbicara, ahli pemidato, strategist dan sebagainya kerana banyak ilmunya sebab banyak membaca! Yelah bila speed read sekejap je satu buku dah habis ditelaah berbanding dengan orang biasa berhari-hari tak habis lagi.. Maka jawab saya selepas anak sudah lancar membaca, ajarlah mereka baca cepat pula.
Dibawah adalah video Darwisya yang berumur 5 tahun dengan kemahiran membaca biasa (tanpa speed read) http://youtu.be/lW0ei_rymag

Satu perkara yang perlu saya ingatkan, speed read tidak boleh dilakukan seperti video Darwisya itu iaitu membaca dengan suara. Tetapi speed read memerlukan anak kita berkebolehan membaca seperti ini dahulu. Bila mereka sudah boleh membaca seperti itu, sudah tidak perlu lagi melatih mereka membaca dengan suara. Biar mereka 'membaca senyap' sebelum latihan speed read. Jika belum download tentang speed reading atau baca cepat, ini adalah link ebook berjumlah 14 mukasurat yang insyaAllah akan mempercepatkan kelajuan membaca kita sebanyak 33% 
Untuk ebook penuhnya, berjumlah 94 mukasurat. Ia boleh dibeli disini http://bacacepat.islamicparentingnetwork.net

bacaan lanjut boleh ke laman web puan lina 
______________________________________________________________________________


ok dah baca kan, kesimpulannya, dengan belajar Al Quran dahulu sebelum yang lain, akan membentuk Accelerated learning tadi untuk pembelajaran yang lain.

"Semasa mengajar al Quran, otak mereka telah dilatih untuk membuat 'Sistem Filing' - mengenal huruf, huruf yang bercantum menjadi perkataan, dan perkataan menjadi ayat. Jadi bila mereka diperkenalkan dengan huruf semula (dalam kes ini huruf abjad ABC) sistem Filing yang telah mencapai Tahap 5S tu, dengan mudah memfailkan pelajaran baru dalam masa yang pendek. "

Sungguh Allah menjadikan Al Quran sebagai rujukan buat seluruh umat ini. 

selain di atas, berikut adalah manfaat mengajarkan anak Al Quran sejak kecil

kita ibubapa dianjur mengajarkan al quran kepada anak-anak sejak KECIL. Kenapa ?


  • al quran dapat mengarahkan anak kepada KEYAKINAN bahawa Allah swt adalah Tuhan mereka dan al quran adalah firmanNya
  • agar RUH al quran meresap dalam hati mereka dan ‘CAHAYA’nya merasuk dalam FIKIRAN dan INDRA(pancaindera) anak-anak
  • supaya anak-anak mendapatkan AKIDAH-AKIDAH al quran sejak kecil
  • agar anak tumbuh dengan KECINTAAN terhadap al quran,
  •  rasa TERIKAT dgn al quran, menjalankan segala PERINTAH dan meninggalkan LARANGAN al quran,
  •  berperilaku dengan AKHLAKnya dan BERJALAN sesuai dengan manhaj al quran 
sumber prophetic parenting

hanya RM40 senaskah
promosi habiskan stok

untuk dapatkan buku ini klik pautan ini www.solehkidshop.com

Monday, October 6, 2014

Mari mengenal Allah anakku

alhamdulillah new arrival ! Buku kanak-kanak dalam bahasa inggeris

Mari mengenal mengira kurnia Allah swt dalam kehidupan, bertapa pemurahnya Allah Ar rahman...
Disamping belajar mengira, anak juga belajar mengenal Allah swt juga mengenal warna. Buku yang comel dan kerta berkualiti tinggi. Sangat menarik dan cantik.

contoh:

"ONE yellow SUN,
alhamdullah , a gift from Allah Ar Rahman.'

'THREE pink FLOWERS,
subhanallah Allah The Most Loving makes flowers bloom.


Mari belajar bahasa inggeris dan mengenal Allah swt. HANDY BOOK for our little ones.

lets count the gifts of Allah Ar Rahman
16 muka surat
harga: RM16
pos: RM6 semenanjung

order sila ke www.solehkidshop.com

r sila ke www.solehkidshop.com
lets count the gifts of Allah Ar Rahman
harga: RM16
pos: RM6 semenanjung 





only for RM16 /book


lets count the gifts of Allah Ar Rahman
16 muka surat
harga: RM16
pos: RM6 semenanjung

order sila ke www.solehkidshop.com

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Alhamdulillah sudah selesai urusan... in sha Allah saya nak kongsi pula rahsia mudah menjemput rezeki..

Ini saya kongsi kan cerita menjemput rezeki daripada amalan belajar al quran dan sedekah. Kedua-dua cerita saya ambil daripada buku MMR ini. Apa yang menarik adalah segala amalan yang kita lakukan dengan niat untuk Allah swt, in sha Allah akan mudah segala perjalanannya.


Cerita pertama:
Bagaimana usaha gigih seorang yang bergelar prof untuk mempelajari al quran dilewat usia 40an. Beliau tidak malu dalam mempelari al quran walaupun bermula dengan alif ba ta. Sifat nya sungguh mengharap Allah sebagai penolongnya, akhirnya beliau kini telah meninggalkan segala pangkat beliau , berhijrah ke Makkah bagi mendalami al quran. Justeru, sehingga sekarang beliau telah dipanggil memberi ceramah ke seluruh pelosok negara itu dan dimurahkan rezeki beliau sehingga dapat menghafaz al quran. Benarlah al quran ini mukjizat agung Allah turunkan kepada Nabi saw untuk disampaikan kepada kita umatnya.
waalahua'lam

Cerita kedua:
Kisah bagaimana seorang isteri yang berniat setiap sedekahnya setiap hari akan menyembuhkan suami nya yang terlantar di hospital menunggu saat dicabut nyawa. Hidup suami itu bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan tiada harapan sembuh. Namun dengan kuasa Allah swt, suami nya bangkit sihat, sehingga pihak doktor pun terkejut dan didapati suaminya memang benar sihat. Lalu doktor bertanya kepada isteri tadi, apa yang dilakukan sehingga suaminya sembuh seperti sediakala, dengan nama Allah si isteri memberitahu yang setiap hari selepas  melawat suami di hospital beliau akan bersedekah kepada fakir miskin.

itulah 2 kisah yang menjadi pemagkin untuk kita terus berusaha.

banyak lagi pengalaman yang dirasai sendiri oleh penulis dengan beersedekah, Allah akan balas secepatnya, jika bersedekah 10 Allah gandakan 100. Benarlah saya juga merasai nikmat bersedekah itu . Jika kalian juga ingin merasakannya yuk kita mulakan.


terima kasih




_________________________________________________________________________________

dapatakan PROMOSI KOMBO buku mudahnya menjemput rezeki besar dan buku mini dengan harga RM18 pos rm6 semenanjung.

bagi yang berhampiran sungai petani boleh COD ( depan JPJ sungai petani)

untuk order sila ke www.solehkidshop,com