AYAH orang penting dalan membangunkan umat. Dalam keluarga ayah adalah
salah satu BATU-BATA yang menyokong BANGUNAN umat islam. Jika para ayah BERJAYA
menunaikan misinya dalam keluarga, akan KUKUH lah bangunan umat islam di
pelbagai bidang kehidupan dan sebaliknya jika sikap endah tidak endah para ayah
dalam keluarga akan menyebabkan LEMAH rapuhnya bangunan umat ini.
Peranan AYAH dalam Islam yang HARUS ditunaikan sebagaimana hadis
Rasulullah saw.
‘setiap kalian adalah penggembala
dan setiap kalian bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang pemimpin adalah
penggembala dan dia bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang LAKI-LAKI
adalah penggembala di KELUARGANYA dan
dia bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang WANITA adalah penggembala di RUMAH suaminya dan dia
bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang pelayan adalah penggembala pd harta
majikannya dan dia bertanggungjawab atas gembalaannya. Setiap kalian adalah
penggembala dan setiap kalian bertanggungjawab atas gembalaannya’ (HR Bukhari
drpd hadis Nafi’ bin umar)
Inilah yang di REALISASI kan
oleh asyahid imam Hasan Al banna dalam keluarganya dan seterusnya kepada umat ISLAM
iaitu kita…beliau seorang:
- Pemimpin dakwah
- Pembina para kader umat
- Ayah dalam keluarga
- Pendidik kepada anak-anak di seluruh dunia ini
(petikan buku CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA)