SHARING!
suruh sekali tak jalan, suruh lagi tak jalan..di mana silap kita sebagai ibubapa dalam memberi arahan atau perintah kepada anak-anak?
ni nak habaq macamana Rasulullah saw memberi petua nak bagi anak senang dah melaksanakan sesuatu 'task' atau arahan...
caranya adalah kita sebagai ibubapa perlu memberi KEGEMBIRAAN dalam jiwa anak dahulu, kerana
KEGEMBIRAAN berperanan yang menakjubkan dalam jiwa anak dan memberi pengaruh yang cukup kuat serta melahirkan rasa KEBEBASAN dan keHIDUPan bagi jiwa mereka.
Justeru menjadikan anak-anak SIAP untuk menerima perintah, dan arahan.
ini saya petik antara cara Rasulullah saw menanamkan KEGEMBIRAAN kepada anak-anak:
*menyambut kedatangan mereka
*mencium dan bercanda bersama anak-anak
*mengusap kepala
*menggendong dan menimang
*memberikan makanan
*makan bersama mereka
(prophetic parenting cara nabi saw didik anak m/s
190)
sekadar perkongsian
sekadar perkongsian
No comments:
Post a Comment