Showing posts with label PROPHETIC PARENTING. Show all posts
Showing posts with label PROPHETIC PARENTING. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Malaysia

Alhamdulillah , selamat sudah kami kembali ke Malaysia bulan April 2015 yang lalu. Kedai buku pun dah beroperasi seperti biasa , cuma blog ni yang dah bersawang hehe...tak sempat dah meng update di sini, maklumah semuanya di hujung jari....on je iphone klik insta , fb bla bla....jadi nak mengadap laptop ni lambat hehe, apapun alhamdulillah atas rezeki Allah bagi.



ok jom follow kami @solehkidsbookstore untuk dapatkan update buku terkini dan juga buku-buku parenting yang best!


buku baru :

1. 5 minutes bedtime reminders for little ones
2. have you ever wondered?



buku Prophetic parenting sedang sale sekarang !!! Ada kombo juga

rm19.90 sahaja senaskah

contoh dalam buku





bagaimana cara nak daptakan buku buku kami?

email: solehkidshop@gmail.com
atau
follow instagram @solehkidsbookstore
atau
mesej kami di google  +solehkidsbookstore


terima kasih 

Thursday, January 15, 2015

RESTOK! PROPHETIC PARENTING CARA NABI SAW DIDIK ANAK - EDISI BAHASA MELAYU

Bestseller solehkidshop.com

Evergreen parenting book!

Restok setelah lama menunggu di reprint oleh publisher, alhamdulillah

Mai mai sapa nak...

Senaskah Rm40
Pos rm6 semenanjung/ rm10 sabah dan sarawak



pembelian borong juga ada diskaun!!

Whatsapp+8180 4836 8943

atau email solehkidshop@gmail.com



Tuesday, November 11, 2014

TAHNIAH ATAS KELAHIRAN

Moga diberi kekuatan meneruskan didikan anak, jika sebelum ini anak mendengar dan merasai ibu bapanya bercakap dan mendengarkan al quran di alam rahim, kini anak sudah boleh melihat juga mendengar serta merasai secara langsung.

Bagaimana hendak memulakannya ?
Anak baru sehari/ sebulan/ setahun usianya?

Begini cara yang dianjurkan oleh Rasululah saw!

Ajarkan Anak Al Quran sebagai pelajaran pertamanya!
Kita ibubapa dianjur mengajarkan al quran kepada anak-anak sejak KECIL. Kenapa ?
  1. al quran dapat mengarahkan anak kepada KEYAKINAN bahawa Allah swt adalah Tuhan mereka dan al quran adalah firmanNya
  2. agar RUH al quran meresap dalam hati mereka dan ‘CAHAYA’nya merasuk dalam FIKIRAN dan INDRA(pancaindera) anak-anak
  3. supaya anak-anak mendapatkan AKIDAH-AKIDAH al quran sejak kecil
  4. agar anak tumbuh dengan KECINTAAN terhadap al quran,
  5. rasa TERIKAT dgn al quran, menjalankan segala PERINTAH dan meninggalkan LARANGAN al quran,
  6. berperilaku dengan AKHLAKnya dan BERJALAN sesuai dengan manhaj al quran

AL QURAN juga sebagai asyifa', segala ubat ada dalam al quran. Bacalah al quran dengan maknanya, setiap kali kita baca setiap kali itu dapat pelajaran baru kerana al quran ini kalam Allah.
Sama-sama kita belajar al quran dan budayakan al quran dalam keluarga...jadikan membaca al quran sebagai aktiviti wajib macam kita perlu makan/minum setiap hari.

‘ajarkan al quran anak-anak dari kecil agar cahaya hikmah itu meresap lebih cepat (sesuai dengan fitrah anak itu bersih dan tak berdosa) sebelum didahului oleh hawa nafsu dan kemaksiatan dan kesesatan’
(al hafizh as suyuthi ra., PROPHETIC PARENTING cara nabi saw didik anak )
in sha Allah moga al quran subur dalam diri kita dan anak-anak dan menjadi benteng kepada perkara maksiat di luar sana...aminn.
_____________________________________________________
Dapatkan buku PROPHETIC PARENTING CARA NABI SAW DIDIK ANAK kini dalam BAHASA MALAYSIA
Harga RM40
Pos RM 6 SEMENANJUNG/ RM10 SABAH SARAWAK
Pembelian terus ke www.solehkidshop.com

Sunday, October 26, 2014

ANAK ADALAH PERHIASAN DUNIA

Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi lagi di sini..

anak adalah perhiasan dunia!

bagaimana?

anak --> kurnia Allah kepada manusia

anak --> hati terasa gembira, mata terasa sejuk, jiwa tenteram ketika memandang dan berbicara dengan mereka

anak --> adalah bunga kehidupan dunia

dalam al quram Allah berfirman :


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
ali imran:14


sumber: prophetic parenting cara nabi saw didik anak m/s 76









-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dapatkan buku  prophetic parenting cara nabi saw didik anak kini dalam bahasa melayu. terbitan alam raya.

untuk pembelian klik www.solehkidshop.com

terima kasih



Thursday, October 9, 2014

Anakku ayuh belajar Al Quran

Alhamdulillah...syukur Allah bagi kesempatan untuk kongsi lagi dengan sahabat semua. Jika sebelum ini saya pernah berkongsi tentang apa perlu diajar dahulu kepada anak?
A,B,C atau 1,2,3 atau alif baa ta...mana dahulu? atau kesemuanya serentak?
Menurut cara nabi saw anak perlu diajarkan Al Quran dahulu sebelum yang lainnya. Untuk fakta tentang ini ,sahabat boleh baca di sini.


Justeru, hari ini saya ingin berkongsi kesinambungan kepada mengapa kita ajarkan al quran dahulu kepada anak. Ini menerusi pembacaan saya melalui email yang dihantar oleh puan lina karim (ibu kepada adik darwish dan darwisya).

ini saya kongsikan emailnye:
_____________________________________________________________________________
Soalan : 

"Puan, saya malu nak tanya, tapi saya nak bertanya juga". Saya tak tahu adakah anak saya ini 'gifted' atau semua budak macam tu. Anak saya tak pernah saya ajar benda lain selain al Quran sampailah umurnya 5 tahun. Adalah dia tengok TV sikit-sikit yang CD-CD phonic tu.. tapi saya tak pernah mengajarnya. Bila umur dia 5 tahun, saya rasa dah nak dekat sekolah dah tu, jadi saya beli buku yang puan cadangkan tu kalau nak mengajar membaca Bahasa Inggeris. Ada 8 buku semuanya dan dalam masa 2 hari hujung minggu baru ni saya mengajar, cuma tinggal 1 buku terakhir je. Saya fikir... eh cepatnye!! Apa saya nak buat lepas tu puan? Sebab saya follow puan!
Jawapan saya :
Ok, ini buka kali pertama orang bertanya pada saya. Kalau saya kumpul, dah boleh buat satu group whatsapp. Hehe..  Tidak menghairankan kanak-kanak yang diajar membaca dan menghafal al Quran dari bayi mempunyai kemahiran Accelerated Learning untuk perkara lain selepas al Quran. Semasa mengajar al Quran, otak mereka telah dilatih untuk membuat 'Sistem Filing' - mengenal huruf, huruf yang bercantum menjadi perkataan, dan perkataan menjadi ayat. Jadi bila mereka diperkenalkan dengan huruf semula (dalam kes ini huruf abjad ABC) sistem Filing yang telah mencapai Tahap 5S tu, dengan mudah memfailkan pelajaran baru dalam masa yang pendek. 
Ini berbeza dengan seseorang yang tidak diajar al Quran atau apa-apa pun ilmu lain sebelum 5 tahun, tiba-tiba dia terus diajar membaca. Memang mereka tetap boleh membaca suatu hari nanti TETAPI ia memerlukan latihan yang konsisten dan lebih panjang berbanding dengan anak al Quran tadi.
So, soalan puan tadi.. Apa dia nak buat lepas anak dia pandai membaca? Jawab saya, Galakkan dia membaca buku cerita kegemarannya. Biar dia mengumpul lebih banyak vocab. Kemudian ajar "Speed Reading"
Menurut pakar Barat, kanak-kanak yang diajar Speed Read pada usia yang muda, mampu membaca 2000 patah perkataan seminit pada usia mereka 14 tahun. Hah! Kalau anak kita umur 7 tahun dapat 10% dari itu pun dah cukup baik... (Purata rakyat Malaysia yang dewasa membaca 140 patah perkataan sahaja seminit).
Menurut US Labor Department, ahli korporat/perniagaan yang membaca 7 buku pemasaran/perniagaan setahun mempunyai pendapatan 250% lebih dari mereka yang membaca 1 buku sahaja setahun.
Banyak kelebihannya jika kita tahu speed read ini. Anak kita berpotensi untuk  menjadi orang yang bijak berbicara, ahli pemidato, strategist dan sebagainya kerana banyak ilmunya sebab banyak membaca! Yelah bila speed read sekejap je satu buku dah habis ditelaah berbanding dengan orang biasa berhari-hari tak habis lagi.. Maka jawab saya selepas anak sudah lancar membaca, ajarlah mereka baca cepat pula.
Dibawah adalah video Darwisya yang berumur 5 tahun dengan kemahiran membaca biasa (tanpa speed read) http://youtu.be/lW0ei_rymag

Satu perkara yang perlu saya ingatkan, speed read tidak boleh dilakukan seperti video Darwisya itu iaitu membaca dengan suara. Tetapi speed read memerlukan anak kita berkebolehan membaca seperti ini dahulu. Bila mereka sudah boleh membaca seperti itu, sudah tidak perlu lagi melatih mereka membaca dengan suara. Biar mereka 'membaca senyap' sebelum latihan speed read. Jika belum download tentang speed reading atau baca cepat, ini adalah link ebook berjumlah 14 mukasurat yang insyaAllah akan mempercepatkan kelajuan membaca kita sebanyak 33% 
Untuk ebook penuhnya, berjumlah 94 mukasurat. Ia boleh dibeli disini http://bacacepat.islamicparentingnetwork.net

bacaan lanjut boleh ke laman web puan lina 
______________________________________________________________________________


ok dah baca kan, kesimpulannya, dengan belajar Al Quran dahulu sebelum yang lain, akan membentuk Accelerated learning tadi untuk pembelajaran yang lain.

"Semasa mengajar al Quran, otak mereka telah dilatih untuk membuat 'Sistem Filing' - mengenal huruf, huruf yang bercantum menjadi perkataan, dan perkataan menjadi ayat. Jadi bila mereka diperkenalkan dengan huruf semula (dalam kes ini huruf abjad ABC) sistem Filing yang telah mencapai Tahap 5S tu, dengan mudah memfailkan pelajaran baru dalam masa yang pendek. "

Sungguh Allah menjadikan Al Quran sebagai rujukan buat seluruh umat ini. 

selain di atas, berikut adalah manfaat mengajarkan anak Al Quran sejak kecil

kita ibubapa dianjur mengajarkan al quran kepada anak-anak sejak KECIL. Kenapa ?


  • al quran dapat mengarahkan anak kepada KEYAKINAN bahawa Allah swt adalah Tuhan mereka dan al quran adalah firmanNya
  • agar RUH al quran meresap dalam hati mereka dan ‘CAHAYA’nya merasuk dalam FIKIRAN dan INDRA(pancaindera) anak-anak
  • supaya anak-anak mendapatkan AKIDAH-AKIDAH al quran sejak kecil
  • agar anak tumbuh dengan KECINTAAN terhadap al quran,
  •  rasa TERIKAT dgn al quran, menjalankan segala PERINTAH dan meninggalkan LARANGAN al quran,
  •  berperilaku dengan AKHLAKnya dan BERJALAN sesuai dengan manhaj al quran 
sumber prophetic parenting

hanya RM40 senaskah
promosi habiskan stok

untuk dapatkan buku ini klik pautan ini www.solehkidshop.com

Tuesday, September 16, 2014

AKHLAK ISLAMI ANAK


situasi 1 
ummi: kakak tolong umi ambil pampers adik
kakak: ala kakak malas laaa

situasi 2
ummi: kakak tolong umi ambil pampers adik
kakak: baik umi, ni pampers 

Kedua -dua situasi di atas adalah presentasi daripada apa yang anak pelajari terus daripada apa yang dilihat dan didengar dalam rumah, perbualan harian antara ibu dengan ayah, ibu dengan adik dan sebagainya....kadang-kadang umi letih dan apabila anak mohon bantuan kita pun sebut ala malas la dan bila sedang energetik kita respon baik kakak ini barangnya..sekadar contoh situasi...

Kenapa pentingnya didik Akhlak ?

'bahawasanya Rasulullah saw bersabda; Tidak lah seorang bapa memberikan pemberian kepada anaknya sesuatu yang lebih baik dibandingkan ADAB yang terpuji' (riwayat At Tirmizi dari Said bin A'sh r,h)

Akhlak atau bahasa lainnya perangai/perilaku atau adab. Rasulullah saw sangat menekankan didik AKHLAK yang mulia kepada si anak kerana akhlak yang mulia lebih baik daripda ILMU yang banyak. 

abu zakariya al anbari mengatakan 'ILMU tanpa ADAB seperti api tanpa kayu bakar. sedangkan adab tanpa ilmu seperti ruh tanpa jasad. '

Ruwaim bin ahmad al baghdadi mengibarat kan adab dan ilmu/amalan seperti tepung(adab) dan garam(amalan), jika banyak adab dengan sedikit amal saleh masih lebih baik daripada banyak amal saleh dengan kurang adab.

Kesimpulan didik AKHLAK mulia adalah wajib diajar kepada anak sama seperti wajibnya kita memberi makan dan pakai kepada mereka.

diantara cara memuliakan anak-anak juga adalah dengan mengajarkan AKHLAK yang mulia kepada mereka.


Justeru ada 9 adab kenabian yang dikhususkan oleh Rasullullah saw untuk ditanamkan dalam diri anak:


  1. adab kepada orang tua/ibubapa
  2. adab kepada para ulama/orang alim
  3. adab hormat menghormati antara yang muda dan yang tua
  4. adab persaudaraan/ adik beradik
  5. adab tetangga/berjiran
  6. adab meminta izin
  7. adab makan
  8. adab penampilan anak
  9. adab mendengar bacaan Al Quran
ini senarai adab yang wajib kita ajarkan kepada anak dan juga terutama untuk  didik diri kita sendiri dahulu sebelum mengajarkan anak. Ya betul, memang kita sebenarnya mendidik diri sendiri dalam mendidik anak.

Sebagai tambahan kepada 9 adab kenabian di atas kita juga dianjur untuk mengajar anak :

menanamkan sifat jujur, amanah , menjaga rahsia dan mendidik anak untuk menjauhi sifat iri hati/dengki.

Sekadar perkongsian pendek dan ringkasan daripada buku PROPHETIC PARENTING (muka surat 397-427) , moga mendapat manfaat dan di amalkan dalam keluarga kita in sha Allah.



dapatkan buku PROPHETIC PARENTING ini di www.solehkidshop.com

Sunday, September 14, 2014

TIPS PARENTING

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membaca perkongsian hebat di ( baca link di bawah ini dahulu ye)

http://www.bidadari.my/10-tabiat-buruk-ibu-bapa-patut-dihentikan/


terima kasih kerana berkongsi ;)

jadi kesimpulan dan pengajaran buat saya sebagai ibu:


untuk point 1-4 :

setiap perilaku kita akan ditonton oleh anak, jadi jaga lah perilaku kita di hadapan mahupun dibelakang si anak. Seperti yang dinyatakan dalam buku prophetic parenting, ibu bapa adalah role model kepada si anak, jika kita memarahi anak kerana kesilapan mereka, ingatlah barnagkali kesilapan itu daripada kita tanpa di sedari, justeru beristighfar lah banyak-banyak.


untuk point 5 dan 7:

kadang-kadang saya akui yang terlalu mengongkong anak atau 'overprotective' , sedikit tak mengapa tapi kalau TERLALU ini akan membebani anak dan bimbang akan menjadi perasaan yang terpendam yang membawa sehingga mereka remaja kelak ( dihadapan ibu baik belaka, diluar buruk belaka, nauzubillahimindzalik) , mereka juga seperti kita baru belajar , ingin tahu, ingin rasa... jadi sebagai ibubapa bagi peluang untuk si anak merasai perasaan itu dan jika tersalah bagi mereka penjelasan sebagai pengajaran. Begitu juga sebaliknya , jangan terlalu menurut kemahuan anak, sebaiknya nilai dahulu dan bagi anak penjelasan. Namun hanya yang tidak melanggar syariat Islam sahaja, jika melibatkan syariat Islam memang perlu tegas, waallahua'lam

untuk point 6:

sudah menjadi fenomena terutama nya ibu bapa yang gadjet -an zaman ini, jika boleh setiap inchi perubahan anak nak di 'snap' kan. Sehingga anak-anak pun terikut perangai sebegitu, siap ikan 3 rasa, ummi kamera nak ambil gambar....adoi memang kena tepat kat muka ni huhu... astaghfirullah , ampun kan kami ya Allah, kami lalai...jadi berpada-pada lah, jangan sampai masa kecemasan pun masih sibuk nak ambil gambar, nikmati masa bersama anak-anak itu semaksima mungkin kerana zaman anak-anak sekejap sangat. Dan ingat Allah akan menilai sekecil biji sawi pun apa yang kita lakukan.


untuk point 9:

Solat berjemaah! ini adalah amalan wajib di rumah, setiap rumah muslim, jika bapa ke masjid , ibu lah menjadi imam kepada anak-anak. Jika siang sibuk urusan kerja, solat subuh ,solat maghrib dan isyak kita berjemaah, kerana ini adalah sumber kemanisan dalam rumah, hilang stress, hilang penat, hilang ketegangan dengan melihat anak-anak serta suami/isteri sama-sama rukuk dan sujud kepada Allah azzawajalla. Ini ku tulis sebagai peringatan buat diri ini terutamanya. Jika berasa hambar hubungan suami/isteri, hubungan anak/ibubapa mungkin tiada solat jemaah di dalam rumah itu, ayuh kita berjemaah! Usahakan setiap hari walau satu waktu.

untuk point 8 dan 10:

ajaklah anak-anak pergi mengembara, ini seperti yang diajar oleh Rasulullah saw, dari buku prophetic parenting juga dari buku cinta di rumah hasan al banna, kerana anak akan lebih terbuka mindanya dan menguatkan hati nya kerana dalam bepergian itu akan mengajarnya sabar, lapar, sakit, gembira, berkongsi dan sebagainya, perlu diingat mengikut landas Islam yang syumul. Dan ucapan ucapan I LOVE U kepada anak, agar mereka rasa disayangi, ucapan ini menenangkan jiwa, kerana anak-anak memang suka menarik perhatian ;)

Ok itu sahaja kesinpulan daripada ibu yang masih belajar dalam mendidik amanah Allah ini.
terima kasih

untuk dapatakan buku PROPHETIC PARENTING dan CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA boleh klik pautan ini www.solehkidshop.com




Monday, September 1, 2014

Menanam cinta ilmu kepada anak

Antara cara untuk menanamkan cinta ilmu kepada anak adalah;

 MEMBUAT PERPUSTAKAAN PERIBADI.


Ini adalah sangat ditekankan dalam menanam dan membiasakan anak dengan membaca dan menimba ilmu serta tumbuh bersama buku-buku tersebut. Biarpun kecil namun perpustakaan di rumah harus direalisasikan, perpustakaan Islam (utama), supaya anak dapat dengan mudah mempelajari Al Quran , Hadis dan ilmu-ilmu bahasa. 

Perpustakaan peribadi di rumah juga penting untuk pembangunan ilmu yang kuat bagi anak. "ketika seseorang menjadi ilmuan, warisannya merupakan buku-buku dan ilmu yang lengkap, si anak memandang bahawa menuntut ilmu adalah sebahagian daripada hidupnya dan memandang tidak belajar adalah suatu kesalahan' Al Jahizh (Kitab Al hayawa'n) - prophetic parenting muka surat 514-515





Bagaimana menyediakan perpustakaan peribadi di rumah?


buku- buku harus dipilih dalam melengkapi perpustakaan ini seperti buku sejarah Islam, biografi ulama, kitab-kitab akhlak, hikmah, ekspidisi Islam, peperangan dan sebagainya. Perpustakaan Islam ini penting untuk memperbaiki cara fikir kita sebagaimana ubat diperlukan untuk menyembuhkan penyakit. Justeru ibubapa harus menapis buku atau majalah yang bakal diisi di perpustakaan ini supaya dapat mengelakkan buku yang tidak bermanfaat yang merosak anak tidak menjadi bahan bacaan mereka jadi ibubapa jangan pula melarang atau mengancam anak dari membaca buku yang tidak bermanfaat ini akan membuatkan anak menjadi penasaran ( berkeras ingin tahu) sebaliknya dengan cara mengarahkan anak mendapatkan buku atau kitab yang bermanfaat untuknya dan menarik. - oleh Imam ay syahid dalam risalahnya, (prophetic parenting m/s 515)

wallahua'lam

DAPATKAN BUKU INI dengan klik pautan ini : www.solehkidshop.com

Wednesday, August 27, 2014

PROMOSI HARI MERDEKA

dapatkan kombo buku bestseller

PROPHETIC PARENTING DAN SCREAMING FREE PARENTING
gabungan tips dan panduan daripada Rasulullah saw serta contoh sahabat kecil baginda saw, serta bagaimana menghadapi emosi tingkah laku anak-anak dengan cara yang betul dan hikmah!

kami sangat berbesar hati memberi para ibubapa pilihan 2 buku ini dengan harga  terendah.
PENJIMATAN RM10!


KOMBO 1
PROPHETIC PARENTING 
+

SCREAMING FREE PARENTING
RM62 RM52
POS RM6 semenanjung

DAPATKAN BUKU INI dengan klik pautan ini : www.solehkidshop.com

Thursday, June 19, 2014

AL QURAN sebagai as syifa


AL QURAN ni sebagai asyifa'...segala ubat ada dalam al quran...bacalah al quran dgn maknanya...setiap kali kita baca setiap kali itu dapat pelajaran baru...kerana al quran ini kalam Allah..

sama-sama kita belajar al quran dan budayakan al quran dalam keluarga...jadi membaca al quran sbg aktiviti wajib macam kita perlu makan/minum setiap hari.

‘ajarkan al quran anak-anak dari kecil agar cahaya hikmah itu meresap lebih cepat (sesuai dengan fitrah anak itu bersih dan tak berdosa) sebelum didahului oleh hawa nafsu dan kemaksiatan dan kesesatan’

 (al hafizh as suyuthi ra., PROPHETIC PARENTING cara nabi saw didik anak (m/s 331 )


in sha Allah moga al quran subur dalam diri kita dan anak-anak dan menjadi benteng kpd perkara maksiat di luar sana...aminn.


saya petik lagi daripada buku PROPHETIC PARENTING cara nabi saw didik anak (m/s 330-331)
mengajarkan al quran kepada anak


kita ibubapa dianjur mengajarkan al quran kepada anak-anak sejak KECIL. Kenapa ?


  • al quran dapat mengarahkan anak kepada KEYAKINAN bahawa Allah swt adalah Tuhan mereka dan al quran adalah firmanNya
  • agar RUH al quran meresap dalam hati mereka dan ‘CAHAYA’nya merasuk dalam FIKIRAN dan INDRA(pancaindera) anak-anak
  • supaya anak-anak mendapatkan AKIDAH-AKIDAH al quran sejak kecil
  • agar anak tumbuh dengan KECINTAAN terhadap al quran,
  •  rasa TERIKAT dgn al quran, menjalankan segala PERINTAH dan meninggalkan LARANGAN al quran,
  •  berperilaku dengan AKHLAKnya dan BERJALAN sesuai dengan manhaj al quran 

DAPATKAN BUKU INI dengan klik pautan ini : www.solehkidshop.com

Wednesday, March 19, 2014

sharing

PROPHETIC PARENTING


AL QURAN ni sebagai asyifa'...segala ubat ada dalam al quran...bacalah al quran dgn maknanya...setiap kali kita baca setiap kali itu dapat pelajaran baru...kerana al quran ini kalam Allah..

sama-sama kita belajar al quran dan budayakan al quran dalam keluarga...jadi membaca al quran sbg aktiviti wajib macam kita perlu makan/minum setiap hari.

‘ajarkan al quran anak-anak dari kecil agar cahaya hikmah itu meresap lebih cepat (sesuai dengan fitrah anak itu bersih dan tak berdosa) sebelum didahului oleh hawa nafsu dan kemaksiatan dan kesesatan’

 (al hafizh as suyuthi ra., PROPHETIC PARENTING cara nabi saw didik anak (m/s 331 )


in sha Allah moga al quran subur dalam diri kita dan anak-anak dan menjadi benteng kpd perkara maksiat di luar sana...aminn.


saya petik lagi daripada buku PROPHETIC PARENTING cara nabi saw didik anak (m/s 330-331)
mengajarkan al quran kepada anak


kita ibubapa dianjur mengajarkan al quran kepada anak-anak sejak KECIL. Kenapa ?


  • al quran dapat mengarahkan anak kepada KEYAKINAN bahawa Allah swt adalah Tuhan mereka dan al quran adalah firmanNya
  • agar RUH al quran meresap dalam hati mereka dan ‘CAHAYA’nya merasuk dalam FIKIRAN dan INDRA(pancaindera) anak-anak
  • supaya anak-anak mendapatkan AKIDAH-AKIDAH al quran sejak kecil
  • agar anak tumbuh dengan KECINTAAN terhadap al quran,
  •  rasa TERIKAT dgn al quran, menjalankan segala PERINTAH dan meninggalkan LARANGAN al quran,
  •  berperilaku dengan AKHLAKnya dan BERJALAN sesuai dengan manhaj al quran 
sekadar perkongsian


SHARING!

PROPHETIC PARENTING cara nabi saw didik anak

SHARING!

suruh sekali tak jalan, suruh lagi tak jalan..di mana silap kita sebagai ibubapa dalam memberi arahan atau perintah kepada anak-anak?

ni nak habaq macamana Rasulullah saw memberi petua nak bagi anak senang dah melaksanakan sesuatu 'task' atau arahan...

caranya adalah kita sebagai ibubapa perlu memberi KEGEMBIRAAN dalam jiwa anak dahulu, kerana
KEGEMBIRAAN berperanan yang menakjubkan dalam jiwa anak dan memberi pengaruh yang cukup kuat serta melahirkan rasa KEBEBASAN dan keHIDUPan bagi jiwa mereka.

Justeru menjadikan anak-anak SIAP untuk menerima perintah, dan arahan.

ini saya petik antara cara Rasulullah saw menanamkan KEGEMBIRAAN kepada anak-anak:


*menyambut kedatangan mereka
*mencium dan bercanda bersama anak-anak
*mengusap kepala
*menggendong dan menimang
*memberikan makanan
*makan bersama mereka


(prophetic parenting cara nabi saw didik anak m/s 190)
sekadar perkongsian


Friday, December 13, 2013

KOLEKSI TERKINI BUKU SOLEH KIDS BOOKSTORE



Assalamualaikum wbt, alhamdulillah masih lagi diberikan kehidupan oleh Allah swt. Kami ingin mengemaskini koleksi2 buku kami untuk 2013/2014.

Berikut adalah koleksi ready stock kami di Malaysia:

1. RECLAIM YOUR HEART  
2. SENYUMLAH 
3. ALLAH DOKTORKU WAHYU UBAT PENYAKITKU 
4. MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 
5. NOW YOU ARE A MOTHER 
6. PROPHETIC PARENTING cara nabi mendidik anak 


Kami juga telah menambahkan koleksi kami dgn educational toys untuk anak2...:

1. APPLE LEARNING HOLY QURAN - suitable from newborn
2. SET 3 FLASH CARD - suitable from 2yrs old
3. IPAD ISLAMIK - suitable from 2 yrs old


bagi yg berminat untuk mendapatkan koleksi kami, berikut adalah cara untuk menghubungi kami:

1. email: solehkidshop@gmail.com
2. whatsapp +8180 4836 8943 pn siti
3. facebook page kami https://www.facebook.com/messages/solehkidsbookstore


terima kasih

Friday, September 27, 2013

PROPHETIC PARENTING

asslamualaikum wbt dan selamt pg.....moga hari ini lebih baik dr smlm in sha Allah...hr ini solehkids nak share sedikit review buku prophetic parenting...




Judul: Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik AnakPenulis: DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid



Berdasarkan kajiannya terhadap Sirah Nabawiyah dan As-sunnah, penulis mengungkapkan bahwa pendidikan bagi anak bermula dari ketika kedua orangtua menikah. Kemudian hubungan kedua orangtua, kesalehan mereka dan kesepakatan mereka dalam melakukan kebajikan, memiliki pengaruh yang cukup kuat dalam membentuk sisi psikis dan kecenderungan bagi sang anak.

Dalam buku ini penulis mengetengahkan pentingnya pertumbuhan anak di gendongan ibunya, keluarganya dan lingkungannya serta hubungan kekerabatan dengan kedua orangtua dan karib-kerabatnya. Juga tentang pentingnya menjaga nilai-nilai islami dalam masa pertumbuhannya dan membiasakannya untuk selalu berpikir.

Penulis juga menekankan tentang pentingnya memakai berbagai media dan alat peraga yang sesuai dengan usia anak. Itu semua beliau simpulkan dari metode pendidikan Islam, hadis-hadis Nabi Shallallâhu ’alayhi wa Sallam dan pernyataan para pakar pendidikan Islam.

“Setiap keluarga Muslim membutuhkan buku ini untuk diletakkan dalam perpustakaan pribadi dan ditelaah, kemudian seluruh petunjuk kenabian yang terdapat di dalamnya diaplikasikan dalam bentuk amal nyata.”
Doktor Mahmud ath-Thahhan
(Ketua Jurusan Tafsir dan Hadits, Fakultas Syariah Universitas Kuwait)


PROMOSI !!!


KINI HANYA RM65 DENGAN PENGHANTARAN PERCUMA 

untuk semenanjung malaysia

bg mendapatkan buku ini boleh emaiL kpd kami di 

solehkidshop@gmail.com sementara stok masih ada