Sunday, September 14, 2014

TIPS PARENTING

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membaca perkongsian hebat di ( baca link di bawah ini dahulu ye)

http://www.bidadari.my/10-tabiat-buruk-ibu-bapa-patut-dihentikan/


terima kasih kerana berkongsi ;)

jadi kesimpulan dan pengajaran buat saya sebagai ibu:


untuk point 1-4 :

setiap perilaku kita akan ditonton oleh anak, jadi jaga lah perilaku kita di hadapan mahupun dibelakang si anak. Seperti yang dinyatakan dalam buku prophetic parenting, ibu bapa adalah role model kepada si anak, jika kita memarahi anak kerana kesilapan mereka, ingatlah barnagkali kesilapan itu daripada kita tanpa di sedari, justeru beristighfar lah banyak-banyak.


untuk point 5 dan 7:

kadang-kadang saya akui yang terlalu mengongkong anak atau 'overprotective' , sedikit tak mengapa tapi kalau TERLALU ini akan membebani anak dan bimbang akan menjadi perasaan yang terpendam yang membawa sehingga mereka remaja kelak ( dihadapan ibu baik belaka, diluar buruk belaka, nauzubillahimindzalik) , mereka juga seperti kita baru belajar , ingin tahu, ingin rasa... jadi sebagai ibubapa bagi peluang untuk si anak merasai perasaan itu dan jika tersalah bagi mereka penjelasan sebagai pengajaran. Begitu juga sebaliknya , jangan terlalu menurut kemahuan anak, sebaiknya nilai dahulu dan bagi anak penjelasan. Namun hanya yang tidak melanggar syariat Islam sahaja, jika melibatkan syariat Islam memang perlu tegas, waallahua'lam

untuk point 6:

sudah menjadi fenomena terutama nya ibu bapa yang gadjet -an zaman ini, jika boleh setiap inchi perubahan anak nak di 'snap' kan. Sehingga anak-anak pun terikut perangai sebegitu, siap ikan 3 rasa, ummi kamera nak ambil gambar....adoi memang kena tepat kat muka ni huhu... astaghfirullah , ampun kan kami ya Allah, kami lalai...jadi berpada-pada lah, jangan sampai masa kecemasan pun masih sibuk nak ambil gambar, nikmati masa bersama anak-anak itu semaksima mungkin kerana zaman anak-anak sekejap sangat. Dan ingat Allah akan menilai sekecil biji sawi pun apa yang kita lakukan.


untuk point 9:

Solat berjemaah! ini adalah amalan wajib di rumah, setiap rumah muslim, jika bapa ke masjid , ibu lah menjadi imam kepada anak-anak. Jika siang sibuk urusan kerja, solat subuh ,solat maghrib dan isyak kita berjemaah, kerana ini adalah sumber kemanisan dalam rumah, hilang stress, hilang penat, hilang ketegangan dengan melihat anak-anak serta suami/isteri sama-sama rukuk dan sujud kepada Allah azzawajalla. Ini ku tulis sebagai peringatan buat diri ini terutamanya. Jika berasa hambar hubungan suami/isteri, hubungan anak/ibubapa mungkin tiada solat jemaah di dalam rumah itu, ayuh kita berjemaah! Usahakan setiap hari walau satu waktu.

untuk point 8 dan 10:

ajaklah anak-anak pergi mengembara, ini seperti yang diajar oleh Rasulullah saw, dari buku prophetic parenting juga dari buku cinta di rumah hasan al banna, kerana anak akan lebih terbuka mindanya dan menguatkan hati nya kerana dalam bepergian itu akan mengajarnya sabar, lapar, sakit, gembira, berkongsi dan sebagainya, perlu diingat mengikut landas Islam yang syumul. Dan ucapan ucapan I LOVE U kepada anak, agar mereka rasa disayangi, ucapan ini menenangkan jiwa, kerana anak-anak memang suka menarik perhatian ;)

Ok itu sahaja kesinpulan daripada ibu yang masih belajar dalam mendidik amanah Allah ini.
terima kasih

untuk dapatakan buku PROPHETIC PARENTING dan CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA boleh klik pautan ini www.solehkidshop.com




No comments:

Post a Comment