Sunday, September 14, 2014

TIPS LUNASKAN HUTANG

petikan daripada buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

memang tak boleh lari dari hutang?
Bagaimana nak lunaskan hutang?

ada 7 strategi dan 4 prinsip;

4 prinsip:

  1. beli secara tunai, jika tak mampu perlu bersabar dan teruskan menyimpan
  2. hidup di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan
  3. mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit
  4. bina pendapatan kedua cthnya mulakam bisnes dan simpan keuntungan bisnes
secara praktikalnya saya baru memulakan prinsip 1,2 dan 3 , sedang berusaha untuk melrngkapkan keempat -empat prinsip di atas in sha Allah. seterusnya jom baca 7 strategi pula;

7 strategi lunas hutang:
  1. jangan buat hutang
  2. langsaikan hutang yang interest paling tinggi
  3. buka dana full settlement hutang
  4. gunakan duit durian runtuh seperti bonus untuk langsaikan hutang
  5. simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana full settlement hutang
  6. bila sudah selesai hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana full settlement hutang
  7. bayar hutang secara automatik

alhamdulillah sekarang hanya tinggal hutang perumahan sahaja. Sewaktu habis belajar dahulu saya dibebani hutang:

PTPTN- sebelum dapat JPA scholar
RUMAH
KERETA 

ok untuk pertama PTPTN saya langsaikan sekaligus menggunakan duit simpanan kerja sebab hutang tak banyak dalam 4k sahaja. Kemudian kereta saya jual sebab terpaksa cuti tanpa gaji. Alhamdulillah saya bebas 2 daripada 3 hutang. Walapun rugi sedikit dengan menjual kereta tapi saya dah tak perlu bayar ansuran bulanan sehingga 9 tahun. Hanya menggunakan kereta suami untuk urusan kerja dan keluarga. Sekarang hanya tinggal hutang rumah yang diakad selama 30 tahun, adoi lama lagi... in sha Allah sedang menyusun strategi untuk langsaikan hutang rumah dengan 7 prinsip yang disenaraikan tadi. Semoga Allah memudahkan urusan kita untuk bebas hutang amin.

Jangan lupa amalkan doa ini pagi dan petang:

amalan ada dalam al mathurat

dapatkan buku mudahnya menjemput rezeki di www.solehkidshop.com


No comments:

Post a Comment