Thursday, September 18, 2014

PERKONGSIAN - JAGA HUBUNGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MAHRAM

Alhamdulillah selesai usrah hari ini pagi tadi..supaya ilmu yang dapat dapat digunakan dan menjadi rujukan jadi saya akan abadikan perkongsian tadi dalam blog ini ;)

Tajuk tazkirah : JAGA HUBUNGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MAHRAM

ok jom kita mula, ini nota saya sahaja mungkin sedikit tapi amalkan mana yang rasa bermanfaat ya.

Sebagai permulaan, kita singkap sirah Nabi Musa as, Nabi Musa as disebutkan kisah baginda dalam Al Quran, menurut ustaz nouman ali khan dalam kuliah tafsir beliau, untuk kita tahu surah itu ada sirah Nabi Musa as, ianya bermula dengan huruf ' tha' (adoi keyboard laptop aku ni xde bhs jawi or arab hanya bhs jepung huhu). ok apakah surah-surah itu?

1. surah Thaha
2. surah Asy Syu'ara
3. surah Al Qasas

pergi ambil quran dan buka..betulakan ? surah-surah tersebut bermula dgn huruf tha kan (thaha.., tha sin min..)
dan menurut beliau lagi sirah nabi Musa as ini diceritakan berperingkat mengikut surah-surah tadi. ok boleh faham kot ek.

sebelum itu ada 4 orang watak wanita penting dalam sirah Nabi Musa as , siapakah mereka?

1. Siti Asiah isteri firaun
2. Ibu kandung Nabi Musa As
3. Saudara perempuan Nabi Musa as - dalam surah Al Qasas ayat 11 rujuk tafsir ye
4. Isteri Nabi Musa as

ok kita baca sedikit kisah kebijaksanaan Ibu nabi musa as dan kecekalan hatinya sewaktu melepaskan anaknya yang masih bayi dihanyutkan oleh sungai demi menyelamatkan Nabi utusan Allah itu, namun ibu ini mengutuskan saudara perempuan Nabi Musa as ini tadi untuk memerhatikan anak itu ( Nabi Musa as) sehingga ditemukan oleh Siti Asiah dan mencari-cari ibu susuan bagi menyusukan Nab Musa as, justeru saudara perempuan Nabi Musa ini tadi pun memberi cadangan agar ada yang boleh nmenyusukan itulah ibu nabi Musa as sendiri...sungguh cantik perlaksanaan Allah kpd Nabinya..boleh rujuk surah Al Qasas ayat 11-13


kemudian kisah bagaimana adab lelaki dan perempuan yang diajarkan dalam kisah ini ada pada surah al Qasas ayat 23'poi
Nabi Musa as memerhati dari jauh kepada 2 orang perempuan ynag sedang memegang ternakan mereka jauh dari tempat ragut/minum kerana sedang menunggu para penternak lainya siap dan berangkat , kemudian barulah mereka dapat membawa ternakan mereka minum di situ tanpa perlu berebut-rebut, bersentuhan antara yang bukan mahram dalam waktu untuk memberi minum ternakan mereka.

kemudian Al Qasas ayat 24 Nabi Musa as bertanya kpd keduanya kenapa mereka menunggu di situ?
lalu dijawab oleh keduanya mereka nak memberi minum ternak mereka dan bapa kami adalah seorang tua yang telah lanjut usia. dan Nabi Musa As terus mengambil air dan memberi minum ternakan mereka perempuan tadi.

pengajaran --> jaga diri kita ketika ada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram elakkan , jauhi percampuran itu kerana bimbang berlakunya persentuhan antara satu sama lain

bagaimana perbualan antara 2 perempuan madyan dengan Nabi Musa as, :
==> soalan terus
==> jawab yang jelas
tiada bunga-bunga, tiada senda gurau, tiada manja , tiada mengilai suara mereka

begnilah yang diajar oleh Al Quran!

ok harap dapat difahami ya perkongsian sedikit ini moga bermanfaat.




No comments:

Post a Comment