Tuesday, September 16, 2014

GEMPA BUMI


JISHIN (dalam bahasa Jepun) = Gempa bumi


Untuk kesekian kalinya jishin aka gempa bumi di Japan, hari ini ada gegaran agak kuat dalam M5 skala ritcher, pusat gegaran tidak jauh dari rumah dalam 80km sahaja. Waktu itu, sedang siap-siap selepas solat zohor tiba-tiba bunyi seperti suami sedang mengoyangkan rak di dapur, kemudian baru perasan laptop atas meja bergoyang , tingkap dan pintu bergegar lebih kurang 30 saat,,,,, uish 30 saat jer? Lama lama kalau gempa walau 2-3 saat sangat pun lama, bayangkan semua bergegar seolah-olah kita berada di atas sesuatu yang tiada lagi penahannya, waktu itu hanya Allah sahaja yang ada, Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Setiap kali gempa kami merasakan itu teguran daripada Allah swt, astaghfirullah ampunkan kami Ya Allah....

peta negara Jepun - yang bertanda x itu pusat gempa hari ini

inilah harga yang perlu dibayar bagi yang berada di sini samada untuk belajar mahupun bekerja








No comments:

Post a Comment