Thursday, October 9, 2014

Anakku ayuh belajar Al Quran

Alhamdulillah...syukur Allah bagi kesempatan untuk kongsi lagi dengan sahabat semua. Jika sebelum ini saya pernah berkongsi tentang apa perlu diajar dahulu kepada anak?
A,B,C atau 1,2,3 atau alif baa ta...mana dahulu? atau kesemuanya serentak?
Menurut cara nabi saw anak perlu diajarkan Al Quran dahulu sebelum yang lainnya. Untuk fakta tentang ini ,sahabat boleh baca di sini.


Justeru, hari ini saya ingin berkongsi kesinambungan kepada mengapa kita ajarkan al quran dahulu kepada anak. Ini menerusi pembacaan saya melalui email yang dihantar oleh puan lina karim (ibu kepada adik darwish dan darwisya).

ini saya kongsikan emailnye:
_____________________________________________________________________________
Soalan : 

"Puan, saya malu nak tanya, tapi saya nak bertanya juga". Saya tak tahu adakah anak saya ini 'gifted' atau semua budak macam tu. Anak saya tak pernah saya ajar benda lain selain al Quran sampailah umurnya 5 tahun. Adalah dia tengok TV sikit-sikit yang CD-CD phonic tu.. tapi saya tak pernah mengajarnya. Bila umur dia 5 tahun, saya rasa dah nak dekat sekolah dah tu, jadi saya beli buku yang puan cadangkan tu kalau nak mengajar membaca Bahasa Inggeris. Ada 8 buku semuanya dan dalam masa 2 hari hujung minggu baru ni saya mengajar, cuma tinggal 1 buku terakhir je. Saya fikir... eh cepatnye!! Apa saya nak buat lepas tu puan? Sebab saya follow puan!
Jawapan saya :
Ok, ini buka kali pertama orang bertanya pada saya. Kalau saya kumpul, dah boleh buat satu group whatsapp. Hehe..  Tidak menghairankan kanak-kanak yang diajar membaca dan menghafal al Quran dari bayi mempunyai kemahiran Accelerated Learning untuk perkara lain selepas al Quran. Semasa mengajar al Quran, otak mereka telah dilatih untuk membuat 'Sistem Filing' - mengenal huruf, huruf yang bercantum menjadi perkataan, dan perkataan menjadi ayat. Jadi bila mereka diperkenalkan dengan huruf semula (dalam kes ini huruf abjad ABC) sistem Filing yang telah mencapai Tahap 5S tu, dengan mudah memfailkan pelajaran baru dalam masa yang pendek. 
Ini berbeza dengan seseorang yang tidak diajar al Quran atau apa-apa pun ilmu lain sebelum 5 tahun, tiba-tiba dia terus diajar membaca. Memang mereka tetap boleh membaca suatu hari nanti TETAPI ia memerlukan latihan yang konsisten dan lebih panjang berbanding dengan anak al Quran tadi.
So, soalan puan tadi.. Apa dia nak buat lepas anak dia pandai membaca? Jawab saya, Galakkan dia membaca buku cerita kegemarannya. Biar dia mengumpul lebih banyak vocab. Kemudian ajar "Speed Reading"
Menurut pakar Barat, kanak-kanak yang diajar Speed Read pada usia yang muda, mampu membaca 2000 patah perkataan seminit pada usia mereka 14 tahun. Hah! Kalau anak kita umur 7 tahun dapat 10% dari itu pun dah cukup baik... (Purata rakyat Malaysia yang dewasa membaca 140 patah perkataan sahaja seminit).
Menurut US Labor Department, ahli korporat/perniagaan yang membaca 7 buku pemasaran/perniagaan setahun mempunyai pendapatan 250% lebih dari mereka yang membaca 1 buku sahaja setahun.
Banyak kelebihannya jika kita tahu speed read ini. Anak kita berpotensi untuk  menjadi orang yang bijak berbicara, ahli pemidato, strategist dan sebagainya kerana banyak ilmunya sebab banyak membaca! Yelah bila speed read sekejap je satu buku dah habis ditelaah berbanding dengan orang biasa berhari-hari tak habis lagi.. Maka jawab saya selepas anak sudah lancar membaca, ajarlah mereka baca cepat pula.
Dibawah adalah video Darwisya yang berumur 5 tahun dengan kemahiran membaca biasa (tanpa speed read) http://youtu.be/lW0ei_rymag

Satu perkara yang perlu saya ingatkan, speed read tidak boleh dilakukan seperti video Darwisya itu iaitu membaca dengan suara. Tetapi speed read memerlukan anak kita berkebolehan membaca seperti ini dahulu. Bila mereka sudah boleh membaca seperti itu, sudah tidak perlu lagi melatih mereka membaca dengan suara. Biar mereka 'membaca senyap' sebelum latihan speed read. Jika belum download tentang speed reading atau baca cepat, ini adalah link ebook berjumlah 14 mukasurat yang insyaAllah akan mempercepatkan kelajuan membaca kita sebanyak 33% 
Untuk ebook penuhnya, berjumlah 94 mukasurat. Ia boleh dibeli disini http://bacacepat.islamicparentingnetwork.net

bacaan lanjut boleh ke laman web puan lina 
______________________________________________________________________________


ok dah baca kan, kesimpulannya, dengan belajar Al Quran dahulu sebelum yang lain, akan membentuk Accelerated learning tadi untuk pembelajaran yang lain.

"Semasa mengajar al Quran, otak mereka telah dilatih untuk membuat 'Sistem Filing' - mengenal huruf, huruf yang bercantum menjadi perkataan, dan perkataan menjadi ayat. Jadi bila mereka diperkenalkan dengan huruf semula (dalam kes ini huruf abjad ABC) sistem Filing yang telah mencapai Tahap 5S tu, dengan mudah memfailkan pelajaran baru dalam masa yang pendek. "

Sungguh Allah menjadikan Al Quran sebagai rujukan buat seluruh umat ini. 

selain di atas, berikut adalah manfaat mengajarkan anak Al Quran sejak kecil

kita ibubapa dianjur mengajarkan al quran kepada anak-anak sejak KECIL. Kenapa ?


  • al quran dapat mengarahkan anak kepada KEYAKINAN bahawa Allah swt adalah Tuhan mereka dan al quran adalah firmanNya
  • agar RUH al quran meresap dalam hati mereka dan ‘CAHAYA’nya merasuk dalam FIKIRAN dan INDRA(pancaindera) anak-anak
  • supaya anak-anak mendapatkan AKIDAH-AKIDAH al quran sejak kecil
  • agar anak tumbuh dengan KECINTAAN terhadap al quran,
  •  rasa TERIKAT dgn al quran, menjalankan segala PERINTAH dan meninggalkan LARANGAN al quran,
  •  berperilaku dengan AKHLAKnya dan BERJALAN sesuai dengan manhaj al quran 
sumber prophetic parenting

hanya RM40 senaskah
promosi habiskan stok

untuk dapatkan buku ini klik pautan ini www.solehkidshop.com

No comments:

Post a Comment