Friday, October 10, 2014

Ingin tahu masa kecilku?


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi lagi. Sedang asyik membelek buku nipis ini, tetiba terhenti di helaian ini ; yang menarik mata ini 'Ingin tahu masa kecilku? '

Lalu menarik minat mata dan hati ini untuk membaca lagi, walaupun dah berkali rasa dibaca buku ini. Memang ilmu ini tidak pernah menjemukan. Setiap kali baca ada sahaja tips yang dijumpa ;)

Teringat zaman kecilku, abah memang suka menulis diari dan dalam diari kecilnya itu semua ditulis dengan teliti, membelek almari lama berhabuk tersusun kemas diari kecil mengikut tahun. Jadi di mata ini tahun 1983 menjadi minat untuk dibuka. Ternyata semua di tulis oleh abah dalam diari kecil itu, gerak hati kadang senyum, kadang sedih , kadang marah... memang semua ditulis. Mungkin abah tidak pernah membaca buku Cinta Di Rumah Hasan Al Banna ini tapi abah memang peminat karya Buya Hamka.

ok panjang pulak intro..

Ingin tahu masa kecilku? (petikan buku Cinta Di Rumah HAB)

Kisah yang diceritakan oleh anak-anak as syahid Hasan Al Banna (HAB), yang paling lama bersama membesar bersama HAB ialah Saiful Islam. Di halaman ini menceritakan bagaimana PERANCANGAN yang sangat teliti disusun oleh asy syahid HAB untuk setiap anaknya. Sungguh lengkap daripada aspek kesihatan anak sehinggalah pencapaian /perkembangan anaknya di sekolah dan di rumah.

Mengapa asy syahid HAB berbuat demikian?

Tidak lain hanyalah kerana ANAK merupakan PELABURAN  besar untuk DAKWAH dan KEMANUSIAAN secara keseluruhan.

Asy syahid HAB membuat carta untuk setiap anak agar mudah dilihat dan nilaikan. Saiful Islam memberikan antara perkara yang diingatinya dalam carta tersebut adalah; tarikh dan sejarah kelahiran,nombor kelahiran,jadual pemberian ubat, surat keterangan doktor , ijazah anak, catatan pretasi anak-anak di sekolah dan banyak lagi. Kemudian di setiap carta anak-anak beliau HAB akan memberi ulasan dan komen.

Subhanallah, melihat kembali diri sendiri yang sudah beranak 3, masih belum ada carta terperinci untuk setiap anak, namun alhamdulillah akan berusaha ke arah itu, in sha Allah. bagi yang sudah membuatnya tahniah!

sekadar perkongsian moga bermanfaat


________________________________________________________________________________

Dapatkan banyak lagi tips daripada buku CINTA DI RUMAH HASAN ALBANNA ini melalui pautan ini www.solehkidshop.com


No comments:

Post a Comment