Tuesday, October 14, 2014

Hidup Bersama Al Quran

Alhamdulillah diberi kelapangan mengkemaskini blog, saya sangat teruja apabila seorang daripada sahabat meminta untuk dicarikan buku yang bertajuk HAFALAN AL QURAN DALAM SEBULAN. Membaca tajuk sahaja saya berasa subhanallah...orang bersungguh-sungguh ingin hidup bersama Al Quran in sha Allah mendapat kemudahan dari Allah swt. Pokoknya kita perlu ada rasa ingin , bersemangat yang berterusan (istiqomah ) serta berdoa dan tawakal kepada Allah.

Lalu saya menghubungi penerbit yang biasa saya ambil stok buku. Alhamdulillah ada buku yang diingini oleh sahabat saya tadi.

Penulis asal buku Ir Amjad Qosim, yang ditulis dalam bahasa indonesia namun telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia alhamdulillah...

Ini  sedikit sinopsis buku Hafalan Al Quran dalam sebulan yang dapat saya kongsikan:
Apakah kita sedang mencari cara dan tips menghafal Al Quran? 

Bertapa besarnya nikmat jika menghafal Al Quran, melalui buku ini Ir Amjad Qosim memberikan cara menghafal Al Quran dalam masa yang singkat ( sebulan).
Bukan sahaja mereka yang dipondok atau tahfiz , ibu yang uruskan rumah dan anak juga boleh mengamalkan metod dan tips daripada buku ini. Penulis memaparkan pengalaman ibu yang berjaya. Dengan semangat yang tinggi dan diiringi doa , akhirnya mereka dapat menghafal Al Quran dalam masa yang singkat.

Jom kita selusuri tips dan metod daripada buku Hafalan Al Quran Dalam Sebulan ini sangat menarik dan buku ini memberi suntikan semangat berusaha untuk menghafal.
Semoga Allah memberikan kita limpah rahmat dan kasih sayangNya.




Harga:RM19
Pos:rm6 semenanjung/rm10 sabah/sarawak
untuk mendapatkan buku ini sila klik pautan ini http://solehkidshop.com/index.php?id_product=73&controller=product

terima kasih

No comments:

Post a Comment