Monday, October 27, 2014

TANDA ANAK BIJAK


Alhamdulillah... saya suka nak berkongsi dengan sahabat semua perkongsian oleh ustaz wan asrul al kalantani (fb beliau), boleh follow beliau banyak yang dapat ditimba in sha Allah.

Semua kita mahukan anak yang bijak dan soleh/solehah bukan? jadi kita harus memulakannya dari diri kita sebagai ibubapa dahulu agar soleh agar senang untuk anak meneladaninya, memang iman tidak diwarisi namun dengan tarbiyyah yang betul boleh diwarisi.

ok jom kita baca apa yang ustaz Wan Asrul Al kalantani kongsikan, mengikut tahap umur anak:

 Tanda Anak yang Bijak boleh dilihat pada tahap umur berikut :


1-3 tahun : Memberi respon atau tindakan yang berlainan dengan arahan diberi oleh ibubapa. ( Fasa memerhati - mencuba)

4-6 tahun : Memberi respon atau tindakan yang berganda dengan arahan yang diberi oleh ibubapa (Fasa mencuba - memerhati)

7 tahun : Mengikut arahan ibubapa dengan faham dan berfikir. (Fasa Faham-Fikir-Fungsi)

Oleh kerana itu, psikologi Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam anak yang berumur 7 tahun perlu DISURUH solat, BUKAN diajar solat, kerana umur 7 tahun sudah melibatkan Tindakan bukan lagi Plan tindakan.

Dan kerana itu jugalah apabila sampai umur 10 tahun, jika masih tidak mendirikan solat, maka perlu dipukul dengan niat dan lokasi mengajar, sebagai tanda ketegasan, pada peringkat umur ini anak-anak akan lebih menghormati ibubapa yang tegas, kerana mereka dihormati sebagai orang yang sudah dewasa.

Umur 1-6 tahun adalah waktu kita memahami mereka untuk mendekati mereka supaya mereka mempercayai kita (ibubapa).

7-10 tahun adalah waktu mereka memahami kita (ibubapa) supaya kita memberi perhatian kepada mereka (anak-anak).

Anak-anak umpama aliran air sungai, kita ibubapa umpama alur dan tebing sungai yang membentuk serta mengawal aliran sungai.

Pastikan alur dan tebing betul salurannya, supaya air tersebut menjadi manfaat dan berfaedah untuk kegunaan.
______________________________________________________________________________
in sha Allah

terima kasih ustaz dan isteri




No comments:

Post a Comment