Tuesday, March 25, 2014

CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA

AYAH orang penting dalan membangunkan umat. Dalam keluarga ayah adalah salah satu BATU-BATA yang menyokong BANGUNAN umat islam. Jika para ayah BERJAYA menunaikan misinya dalam keluarga, akan KUKUH lah bangunan umat islam di pelbagai bidang kehidupan dan sebaliknya jika sikap endah tidak endah para ayah dalam keluarga akan menyebabkan LEMAH rapuhnya bangunan umat ini.


Peranan AYAH dalam Islam yang HARUS ditunaikan sebagaimana hadis Rasulullah saw.

‘setiap kalian adalah penggembala dan setiap kalian bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang pemimpin adalah penggembala dan dia bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang LAKI-LAKI adalah penggembala di KELUARGANYA  dan dia bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang WANITA  adalah penggembala di RUMAH suaminya dan dia bertanggungjawab atas gembalaannya. Seorang pelayan adalah penggembala pd harta majikannya dan dia bertanggungjawab atas gembalaannya. Setiap kalian adalah penggembala dan setiap kalian bertanggungjawab atas gembalaannya’ (HR Bukhari drpd hadis Nafi’ bin umar)



Inilah yang di REALISASI kan oleh asyahid imam Hasan Al banna dalam keluarganya dan seterusnya kepada umat ISLAM iaitu kita…beliau seorang:
-       Pemimpin dakwah
-       Pembina para kader umat
-       Ayah dalam keluarga
-       Pendidik kepada anak-anak di seluruh dunia ini


(petikan buku CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA)




No comments:

Post a Comment