Thursday, September 18, 2014

PERKONGSIAN - JAGA HUBUNGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MAHRAM

Alhamdulillah selesai usrah hari ini pagi tadi..supaya ilmu yang dapat dapat digunakan dan menjadi rujukan jadi saya akan abadikan perkongsian tadi dalam blog ini ;)

Tajuk tazkirah : JAGA HUBUNGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN BUKAN MAHRAM

ok jom kita mula, ini nota saya sahaja mungkin sedikit tapi amalkan mana yang rasa bermanfaat ya.

Sebagai permulaan, kita singkap sirah Nabi Musa as, Nabi Musa as disebutkan kisah baginda dalam Al Quran, menurut ustaz nouman ali khan dalam kuliah tafsir beliau, untuk kita tahu surah itu ada sirah Nabi Musa as, ianya bermula dengan huruf ' tha' (adoi keyboard laptop aku ni xde bhs jawi or arab hanya bhs jepung huhu). ok apakah surah-surah itu?

1. surah Thaha
2. surah Asy Syu'ara
3. surah Al Qasas

pergi ambil quran dan buka..betulakan ? surah-surah tersebut bermula dgn huruf tha kan (thaha.., tha sin min..)
dan menurut beliau lagi sirah nabi Musa as ini diceritakan berperingkat mengikut surah-surah tadi. ok boleh faham kot ek.

sebelum itu ada 4 orang watak wanita penting dalam sirah Nabi Musa as , siapakah mereka?

1. Siti Asiah isteri firaun
2. Ibu kandung Nabi Musa As
3. Saudara perempuan Nabi Musa as - dalam surah Al Qasas ayat 11 rujuk tafsir ye
4. Isteri Nabi Musa as

ok kita baca sedikit kisah kebijaksanaan Ibu nabi musa as dan kecekalan hatinya sewaktu melepaskan anaknya yang masih bayi dihanyutkan oleh sungai demi menyelamatkan Nabi utusan Allah itu, namun ibu ini mengutuskan saudara perempuan Nabi Musa as ini tadi untuk memerhatikan anak itu ( Nabi Musa as) sehingga ditemukan oleh Siti Asiah dan mencari-cari ibu susuan bagi menyusukan Nab Musa as, justeru saudara perempuan Nabi Musa ini tadi pun memberi cadangan agar ada yang boleh nmenyusukan itulah ibu nabi Musa as sendiri...sungguh cantik perlaksanaan Allah kpd Nabinya..boleh rujuk surah Al Qasas ayat 11-13


kemudian kisah bagaimana adab lelaki dan perempuan yang diajarkan dalam kisah ini ada pada surah al Qasas ayat 23'poi
Nabi Musa as memerhati dari jauh kepada 2 orang perempuan ynag sedang memegang ternakan mereka jauh dari tempat ragut/minum kerana sedang menunggu para penternak lainya siap dan berangkat , kemudian barulah mereka dapat membawa ternakan mereka minum di situ tanpa perlu berebut-rebut, bersentuhan antara yang bukan mahram dalam waktu untuk memberi minum ternakan mereka.

kemudian Al Qasas ayat 24 Nabi Musa as bertanya kpd keduanya kenapa mereka menunggu di situ?
lalu dijawab oleh keduanya mereka nak memberi minum ternak mereka dan bapa kami adalah seorang tua yang telah lanjut usia. dan Nabi Musa As terus mengambil air dan memberi minum ternakan mereka perempuan tadi.

pengajaran --> jaga diri kita ketika ada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram elakkan , jauhi percampuran itu kerana bimbang berlakunya persentuhan antara satu sama lain

bagaimana perbualan antara 2 perempuan madyan dengan Nabi Musa as, :
==> soalan terus
==> jawab yang jelas
tiada bunga-bunga, tiada senda gurau, tiada manja , tiada mengilai suara mereka

begnilah yang diajar oleh Al Quran!

ok harap dapat difahami ya perkongsian sedikit ini moga bermanfaat.




Tuesday, September 16, 2014

AKHLAK ISLAMI ANAK


situasi 1 
ummi: kakak tolong umi ambil pampers adik
kakak: ala kakak malas laaa

situasi 2
ummi: kakak tolong umi ambil pampers adik
kakak: baik umi, ni pampers 

Kedua -dua situasi di atas adalah presentasi daripada apa yang anak pelajari terus daripada apa yang dilihat dan didengar dalam rumah, perbualan harian antara ibu dengan ayah, ibu dengan adik dan sebagainya....kadang-kadang umi letih dan apabila anak mohon bantuan kita pun sebut ala malas la dan bila sedang energetik kita respon baik kakak ini barangnya..sekadar contoh situasi...

Kenapa pentingnya didik Akhlak ?

'bahawasanya Rasulullah saw bersabda; Tidak lah seorang bapa memberikan pemberian kepada anaknya sesuatu yang lebih baik dibandingkan ADAB yang terpuji' (riwayat At Tirmizi dari Said bin A'sh r,h)

Akhlak atau bahasa lainnya perangai/perilaku atau adab. Rasulullah saw sangat menekankan didik AKHLAK yang mulia kepada si anak kerana akhlak yang mulia lebih baik daripda ILMU yang banyak. 

abu zakariya al anbari mengatakan 'ILMU tanpa ADAB seperti api tanpa kayu bakar. sedangkan adab tanpa ilmu seperti ruh tanpa jasad. '

Ruwaim bin ahmad al baghdadi mengibarat kan adab dan ilmu/amalan seperti tepung(adab) dan garam(amalan), jika banyak adab dengan sedikit amal saleh masih lebih baik daripada banyak amal saleh dengan kurang adab.

Kesimpulan didik AKHLAK mulia adalah wajib diajar kepada anak sama seperti wajibnya kita memberi makan dan pakai kepada mereka.

diantara cara memuliakan anak-anak juga adalah dengan mengajarkan AKHLAK yang mulia kepada mereka.


Justeru ada 9 adab kenabian yang dikhususkan oleh Rasullullah saw untuk ditanamkan dalam diri anak:


  1. adab kepada orang tua/ibubapa
  2. adab kepada para ulama/orang alim
  3. adab hormat menghormati antara yang muda dan yang tua
  4. adab persaudaraan/ adik beradik
  5. adab tetangga/berjiran
  6. adab meminta izin
  7. adab makan
  8. adab penampilan anak
  9. adab mendengar bacaan Al Quran
ini senarai adab yang wajib kita ajarkan kepada anak dan juga terutama untuk  didik diri kita sendiri dahulu sebelum mengajarkan anak. Ya betul, memang kita sebenarnya mendidik diri sendiri dalam mendidik anak.

Sebagai tambahan kepada 9 adab kenabian di atas kita juga dianjur untuk mengajar anak :

menanamkan sifat jujur, amanah , menjaga rahsia dan mendidik anak untuk menjauhi sifat iri hati/dengki.

Sekadar perkongsian pendek dan ringkasan daripada buku PROPHETIC PARENTING (muka surat 397-427) , moga mendapat manfaat dan di amalkan dalam keluarga kita in sha Allah.



dapatkan buku PROPHETIC PARENTING ini di www.solehkidshop.com

GEMPA BUMI


JISHIN (dalam bahasa Jepun) = Gempa bumi


Untuk kesekian kalinya jishin aka gempa bumi di Japan, hari ini ada gegaran agak kuat dalam M5 skala ritcher, pusat gegaran tidak jauh dari rumah dalam 80km sahaja. Waktu itu, sedang siap-siap selepas solat zohor tiba-tiba bunyi seperti suami sedang mengoyangkan rak di dapur, kemudian baru perasan laptop atas meja bergoyang , tingkap dan pintu bergegar lebih kurang 30 saat,,,,, uish 30 saat jer? Lama lama kalau gempa walau 2-3 saat sangat pun lama, bayangkan semua bergegar seolah-olah kita berada di atas sesuatu yang tiada lagi penahannya, waktu itu hanya Allah sahaja yang ada, Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Setiap kali gempa kami merasakan itu teguran daripada Allah swt, astaghfirullah ampunkan kami Ya Allah....

peta negara Jepun - yang bertanda x itu pusat gempa hari ini

inilah harga yang perlu dibayar bagi yang berada di sini samada untuk belajar mahupun bekerja








Sunday, September 14, 2014

TIPS PARENTING

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membaca perkongsian hebat di ( baca link di bawah ini dahulu ye)

http://www.bidadari.my/10-tabiat-buruk-ibu-bapa-patut-dihentikan/


terima kasih kerana berkongsi ;)

jadi kesimpulan dan pengajaran buat saya sebagai ibu:


untuk point 1-4 :

setiap perilaku kita akan ditonton oleh anak, jadi jaga lah perilaku kita di hadapan mahupun dibelakang si anak. Seperti yang dinyatakan dalam buku prophetic parenting, ibu bapa adalah role model kepada si anak, jika kita memarahi anak kerana kesilapan mereka, ingatlah barnagkali kesilapan itu daripada kita tanpa di sedari, justeru beristighfar lah banyak-banyak.


untuk point 5 dan 7:

kadang-kadang saya akui yang terlalu mengongkong anak atau 'overprotective' , sedikit tak mengapa tapi kalau TERLALU ini akan membebani anak dan bimbang akan menjadi perasaan yang terpendam yang membawa sehingga mereka remaja kelak ( dihadapan ibu baik belaka, diluar buruk belaka, nauzubillahimindzalik) , mereka juga seperti kita baru belajar , ingin tahu, ingin rasa... jadi sebagai ibubapa bagi peluang untuk si anak merasai perasaan itu dan jika tersalah bagi mereka penjelasan sebagai pengajaran. Begitu juga sebaliknya , jangan terlalu menurut kemahuan anak, sebaiknya nilai dahulu dan bagi anak penjelasan. Namun hanya yang tidak melanggar syariat Islam sahaja, jika melibatkan syariat Islam memang perlu tegas, waallahua'lam

untuk point 6:

sudah menjadi fenomena terutama nya ibu bapa yang gadjet -an zaman ini, jika boleh setiap inchi perubahan anak nak di 'snap' kan. Sehingga anak-anak pun terikut perangai sebegitu, siap ikan 3 rasa, ummi kamera nak ambil gambar....adoi memang kena tepat kat muka ni huhu... astaghfirullah , ampun kan kami ya Allah, kami lalai...jadi berpada-pada lah, jangan sampai masa kecemasan pun masih sibuk nak ambil gambar, nikmati masa bersama anak-anak itu semaksima mungkin kerana zaman anak-anak sekejap sangat. Dan ingat Allah akan menilai sekecil biji sawi pun apa yang kita lakukan.


untuk point 9:

Solat berjemaah! ini adalah amalan wajib di rumah, setiap rumah muslim, jika bapa ke masjid , ibu lah menjadi imam kepada anak-anak. Jika siang sibuk urusan kerja, solat subuh ,solat maghrib dan isyak kita berjemaah, kerana ini adalah sumber kemanisan dalam rumah, hilang stress, hilang penat, hilang ketegangan dengan melihat anak-anak serta suami/isteri sama-sama rukuk dan sujud kepada Allah azzawajalla. Ini ku tulis sebagai peringatan buat diri ini terutamanya. Jika berasa hambar hubungan suami/isteri, hubungan anak/ibubapa mungkin tiada solat jemaah di dalam rumah itu, ayuh kita berjemaah! Usahakan setiap hari walau satu waktu.

untuk point 8 dan 10:

ajaklah anak-anak pergi mengembara, ini seperti yang diajar oleh Rasulullah saw, dari buku prophetic parenting juga dari buku cinta di rumah hasan al banna, kerana anak akan lebih terbuka mindanya dan menguatkan hati nya kerana dalam bepergian itu akan mengajarnya sabar, lapar, sakit, gembira, berkongsi dan sebagainya, perlu diingat mengikut landas Islam yang syumul. Dan ucapan ucapan I LOVE U kepada anak, agar mereka rasa disayangi, ucapan ini menenangkan jiwa, kerana anak-anak memang suka menarik perhatian ;)

Ok itu sahaja kesinpulan daripada ibu yang masih belajar dalam mendidik amanah Allah ini.
terima kasih

untuk dapatakan buku PROPHETIC PARENTING dan CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA boleh klik pautan ini www.solehkidshop.com




TIPS LUNASKAN HUTANG

petikan daripada buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

memang tak boleh lari dari hutang?
Bagaimana nak lunaskan hutang?

ada 7 strategi dan 4 prinsip;

4 prinsip:

  1. beli secara tunai, jika tak mampu perlu bersabar dan teruskan menyimpan
  2. hidup di bawah kemampuan bukan ikut kemampuan
  3. mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit
  4. bina pendapatan kedua cthnya mulakam bisnes dan simpan keuntungan bisnes
secara praktikalnya saya baru memulakan prinsip 1,2 dan 3 , sedang berusaha untuk melrngkapkan keempat -empat prinsip di atas in sha Allah. seterusnya jom baca 7 strategi pula;

7 strategi lunas hutang:
  1. jangan buat hutang
  2. langsaikan hutang yang interest paling tinggi
  3. buka dana full settlement hutang
  4. gunakan duit durian runtuh seperti bonus untuk langsaikan hutang
  5. simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana full settlement hutang
  6. bila sudah selesai hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana full settlement hutang
  7. bayar hutang secara automatik

alhamdulillah sekarang hanya tinggal hutang perumahan sahaja. Sewaktu habis belajar dahulu saya dibebani hutang:

PTPTN- sebelum dapat JPA scholar
RUMAH
KERETA 

ok untuk pertama PTPTN saya langsaikan sekaligus menggunakan duit simpanan kerja sebab hutang tak banyak dalam 4k sahaja. Kemudian kereta saya jual sebab terpaksa cuti tanpa gaji. Alhamdulillah saya bebas 2 daripada 3 hutang. Walapun rugi sedikit dengan menjual kereta tapi saya dah tak perlu bayar ansuran bulanan sehingga 9 tahun. Hanya menggunakan kereta suami untuk urusan kerja dan keluarga. Sekarang hanya tinggal hutang rumah yang diakad selama 30 tahun, adoi lama lagi... in sha Allah sedang menyusun strategi untuk langsaikan hutang rumah dengan 7 prinsip yang disenaraikan tadi. Semoga Allah memudahkan urusan kita untuk bebas hutang amin.

Jangan lupa amalkan doa ini pagi dan petang:

amalan ada dalam al mathurat

dapatkan buku mudahnya menjemput rezeki di www.solehkidshop.com


Wednesday, September 10, 2014

CREATING A CHILD FRIENDLY HOME

Previous entry we read about creating an Islamic home , so we need to make sure our child happy and focused on the needs of them. As Baiti Jannati (rumahku syurgaku).

Rumah merupakan tempat berlindung dan juga tempat berkumpul ahli keluarga, yang terdiri daripada ibu ayah , abang, kakak, dan adik, jadi perlu didik agar anak -anak saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam percakapan, tindakan/perilaku dan memberi perlindungan contoh abang kepada adik, adik kepada kakak. Selain ahli keluarga, suasana rumah juga memberi kesan kepada perkembangan anak. Jika kita lihat di Tadika atau Taska, bagaimana suasana/ruang dihias agar anak-anak sangat tertarik untuk berada di situ, begitu jugalah suasana di rumah kita. Tidak perlu modal yang tinggi atau peralatan yang canggih untuk membangkitkan ceria di rumah, cukup sekadar ringkas, hiasan dalam rumah dibuat dengan penuh kasih sayang juga menitik beratkan soal keselamatan. Keseluruhannya perlu ada 'rules' atau peraturan dalam rumah. Peraturan dalam rumah sangat efektif dalam mendidik anak tentang apa yang boleh dan tidak boleh, sesuai dengan ajaran dalam Islam.

Kesimpulan:

  1. Treat your spouse and child with respect
  2. Encourage your children to treat each other with respect and kindness
  3. Meet the physical and emotional needs of your child
  4. Provide safe, clean, areas, for your child to play and sleep in
  5. Set boundaries (in writing) for your child to be adhered to
(the muslim parent's guide to the early years m/s 28)

A very recommended book for us as a muslim parents!

get this book now from www.solehkidshop.com



Thank you

Sunday, September 7, 2014

CREATING AN ISLAMIC HOME

THE MUSLIM PARENT'S GUIDE TO THE EARLY YEARS

CREATING AN ISLAMIC HOME:

1. Al Quran - make the quran a part of daily life

2. Solah - ensure solah is established within the home

3. Sadaqah - encourage each other to do acts of saqaqah including parents

4. Other Islamic acts - try to incorporate as many as sunnah as possibles into everyday life ex; saying bismillah out loud before eating and alhamdulillah once finished

5. Music and TV - choose the permissible music to listen eg; nasheed song, limit time spent watching tv, control over what our children watch etc.

6. Images -  images of human and animal forms, including display of photograph , furnishing and the like. But if used for educational resources they are permitted.

7. Outside the home - it is important to dismiss their request outright but to sit with them and spend time explaining in an age-appropriate and calm manner why this is not possible.


in sha Allah, let try our hard as a parent to brought up our beloved children in an islamic way of life. May Allah grant us happiness and Jannah, amin

the muslim parent's guide to the early years


a must have book for every parents!! its' help a lot practically to me ;)

GET THIS PARENITNG BOOK from www.solehkidshop.com




Monday, September 1, 2014

ANAK KITA, KITA YANG TARBIYYAH

Petikan buku CINTA DI RUMAH HASAN ALBANNA


As syahid hasan al banna mentarbiyyah anak-anaknya secara langsung

kecuali anaknya yang bongsu, ditakdirkan Allah asyahid hasan al banna pergi mengadapNya dalam usia muda dan di hari ' pemergian' beliau jg lahirnya anaknya yang diberi nama Istisyhad yang bermaksud memburu mati syahid. 

Paling lama anakanaknya dapat didikan terus adalah lebih kurang 15 tahun, namun kita dapat lihat hasilnya sehinggalah sekarang...anaknya mnjadi orang-orang hebat  

Kesimpulannya? Anda nyatakan!




Jadi bagi kita yang diberi umur yg panjang dapat tengok sendiri anak-anak dari kecil sampailah anak itu dewasa....

Jadi kita ibubapa perlu lah sedia mncari ilmu dan amalkan dalam hal mendidik our little daie' in sha Allah... Mmg jalannya tak mudah namun berusahalah 

Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri ini juga!




DAPATKAN BUKU INI dengan klik pautan ini : www.solehkidshop.com

PELUKLAH ANAK KITA

Hugss!!!  kalau hari ini belum hugss anak, ayuh peluk mereka sekarang!!


hari ni admin nak share sket dari buku CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA

' sebuah PELUKAN boleh memberikan TENAGA yang kuat ke dalam diri seseorang.

 Bagi seorang ANAK, pelukan ibu bapa adalah sumber kekuatan yang dapat menggugah perasaanya yang paling dalam' 

Antara dialog anak kpd Asyahid Hasan al banna,


...... saiful islam yg ketika itu masih lagi seorang pelajar namun sudah terlibat dalam gerakan Ikhwan di sekolah , isu yg dibincangkan adalah tentang masalah negara, nasionalisme , penjajahan Inggeris di mesir dsbnya sehingga anak itu berasa sangat gusar/bimbang....

justeru setelah sampai rumah si anak menganjurkan soalan ayahanda yg tercinta di suatu tengahari di waktu makan....si anak bertanya kpd ayahandanya dgn tegas (eksplisit):

'apa yg harus kita lakukan bagi menghadapi Inggeris jika mereka tidaj mahu meninggalkan Mesir?'

lalu si ayah yg menjawab, 'kami mengutuskan kamu bersama -sama pasukanmu utk mengusir mereka dgn kekuatan.' dan ketika itu juga si ayah memeluk si anak... berasa hangat sekali hingga sekarang saya masih merasakan pelukannya itu.....(saiful islam)



DAPATKAN BUKU INI dengan klik pautan ini : www.solehkidshop.com


terima kasih

CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA

CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA

Persoalan mendidik (mentarbiyah) anak-anak, adalah isu asas dalam kehidupan keluarga / rumah tangga dan bermasyarakat. Kerana ianya amat penting dalam menjaga kesinambungan generasi manusia sepanjang kehidupan manusia itu sendiri, sampai hayat dunia ini berakhir. Baik buruknya generasi baru, bahkan juga generasi tua amat bergantung kepada sistem dan falsafah pendidikan yang dilaluinya, termasuk persekitaran di mana dia berada.

As-Syahid Hasan Al-Banna, sebagai pewaris Nabi dan ulama mujtahid penyambung tugas penyampai Risalah Islamiyah ini, telah mengamalkan semaksima mungkin bagaimana praktikal dan amalan mendidik anak-anak yang beliau telah lakukan sendiri.








Justeru keteladanan yang telah ditunjukkan dengan nyata di dalam kehidupan keluarganya, terutama dalam pendidikan iman, ilmu dan akhlak, memberikan inspirasi hebat dalam kehidupan jemaah, terutama pelapis-pelapis besar yang mewarisinya, para ulama, pemikir, da'ie dan cendikiawan dalam medan dan rangkaian dakwah, sepetutnya terus menjadi pengajaran dan iktibar berharga bagi generasi kini, ulama, pendakwah dan aktivis gerakan Islam, khasnya pendidik dan orang tua dalam menghadapi cabaran dan tribulasi mewariskan perjuangan Risalah yang mulia ini kepada generasi akan datang.


sumber: buku cinta di rumah hasan al banna

Menanam cinta ilmu kepada anak

Antara cara untuk menanamkan cinta ilmu kepada anak adalah;

 MEMBUAT PERPUSTAKAAN PERIBADI.


Ini adalah sangat ditekankan dalam menanam dan membiasakan anak dengan membaca dan menimba ilmu serta tumbuh bersama buku-buku tersebut. Biarpun kecil namun perpustakaan di rumah harus direalisasikan, perpustakaan Islam (utama), supaya anak dapat dengan mudah mempelajari Al Quran , Hadis dan ilmu-ilmu bahasa. 

Perpustakaan peribadi di rumah juga penting untuk pembangunan ilmu yang kuat bagi anak. "ketika seseorang menjadi ilmuan, warisannya merupakan buku-buku dan ilmu yang lengkap, si anak memandang bahawa menuntut ilmu adalah sebahagian daripada hidupnya dan memandang tidak belajar adalah suatu kesalahan' Al Jahizh (Kitab Al hayawa'n) - prophetic parenting muka surat 514-515





Bagaimana menyediakan perpustakaan peribadi di rumah?


buku- buku harus dipilih dalam melengkapi perpustakaan ini seperti buku sejarah Islam, biografi ulama, kitab-kitab akhlak, hikmah, ekspidisi Islam, peperangan dan sebagainya. Perpustakaan Islam ini penting untuk memperbaiki cara fikir kita sebagaimana ubat diperlukan untuk menyembuhkan penyakit. Justeru ibubapa harus menapis buku atau majalah yang bakal diisi di perpustakaan ini supaya dapat mengelakkan buku yang tidak bermanfaat yang merosak anak tidak menjadi bahan bacaan mereka jadi ibubapa jangan pula melarang atau mengancam anak dari membaca buku yang tidak bermanfaat ini akan membuatkan anak menjadi penasaran ( berkeras ingin tahu) sebaliknya dengan cara mengarahkan anak mendapatkan buku atau kitab yang bermanfaat untuknya dan menarik. - oleh Imam ay syahid dalam risalahnya, (prophetic parenting m/s 515)

wallahua'lam

DAPATKAN BUKU INI dengan klik pautan ini : www.solehkidshop.com

PERSEMBAHAN ISTERI HASAN AL BANNA



PERSEMBAHAN ISTERI HASAN AL BANNA

Jika sebelum ini membaca tentang Cinta Di Rumah Hasan Al Banna, kisah bagaimana seorang pemimpin yang sibuk dengan urusan dakwah Islam kepada masyarakat namun tidak pernah kurang didikan beliau kepada anak dan isteri di rumah. Beliau juga menghantar anak ke sekolah dan menemani anaknya makan di sekolah, juga membawa anak bermain di taman permainan, bergurau dengan anak dan pelbagai lagi sehingga anaknya tidak pernah rasa kurang kasih sayang seorang ayah walaupun ayahnya seorang pemimpin masyarakat masa ketika itu. Justeru ikuti kisah Lathifah , isteri kepada Hasan Al Banna bagaimana beliau sebagai tulang belakang yang sentiasa menyokong dakwah suaminya danmembesarkan anak-anak sehingga ke nafasnya yang terakhir dalam buku PERSEMBAHAN ISTERI HASAN AL BANNA ini.


TERBITAN ALAM RAYA
BAHASA MALAYSIA
98 HALAMAN
RM12/NASKAH



KANDUNGAN BUKU:

Selalu Ada Perempuan Hebat Di Belakang Laki-Laki Hebat


* Kaum Perempuan Sebahagian Dari Satu Bangsa
 * Mata Air Dakwah Itu Adalah Rumahnya
 * Kenalkan, Ini Keluarga Besar Hasan Al-Banna
 * Ibunda Yang Tegas Dan Istiqamah
 * Ayahanda Yang Ahli Hadis Dan Pemimpin Masyarakat
 * Membina Suasana Ilmiah Di Rumah
* Si Sulung Hasan Al-Banna, Anak Kesayangan
 * Saling Menyayangi, Ibunda Dan Hasan Al-Banna
* Lathifah, Si Ratu Rumah Tangga
 * Kenalkan, Inilah Isteri Hasan Al-Banna
 * Lantunan Tilawah Berbuah Pernikahan
 * Lamaran, Akad Nikah, Kenduri Dalam Dua Bulan
 * Akad Nikah, Saat Peringatan Nuzul Al-Quran
* Belajar Makna Berkorban Dari Suami 
* Sangat Percaya Kepada Suami
 * Pendamping Setia Amanah Dakwah Suami
 * Jalinan Persaudaraan Keluarga Yang Terus Bersambung
* Kerana Suami Merasakan Keteduhan Di Rumah
 * Rumah Sewa Yang Kecil Bagaikan Istana
 * Semua Kader Dakwah Adalah Anak-Anaknya
* "Hasan Al-Banna, Hadiah Terindah Dalam Hidupku"
* Lebih Mementingkan Dakwah Berbanding Peribadinya
 * Hishamuddin Wafat, Al-Banna Sedang Berceramah
 * Wanita Hebat Itu, Setelah Kepergian Suami
* Kenangan Hana, Saat Hari Meninggalkan Hasan Al-Banna
* Langkah-Langkah Yang Dahulu Kuat Itu Menjadi Layu
 * Saling Menguatkan, Ibunda Al-Banna Dan Isteri Al-Banna
* Kunamakan Anakku, Istisyhad (Berharap Mati Syahid) 
* Kesabarannya Saat Melahirkan Anak-Anak
* Perjuangan Dakwah Berlanjut Setelah Ditinggal Suami 

hubungi solehkidshop@gmail.com for order


DAPATKAN BUKU INI dengan klik pautan ini : www.solehkidshop.com